Pertemuan - Part 6 @ Thursday, November 22, 2012

"Apa khabar? Nama saya Azayaka Tohru. Saya masih baru di Tokyo nie. Apa-apa sila beri tunjuk ajar.” Tohru memperkenalkan dirinya ketika hari pertama kemasukannya di kolej barunya.

“Baiklah, Azayaka. Kamu boleh ambil tempat di sebelah lelaki itu,” kata Miss Emiko sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah kerusi kosong di sebelah seorang lelaki. Tohru menurut.

“Apa khabar? Gembira dapat berkenalan dengan awak,” kata Tohru seraya duduk di sebelah lelaki tersebut. Di meletakkan begnya di sebelah mejanya. Senyuman manis dilemparkan sehingga menampakkan lesung pipitnya.

“Baik. Saya Shochikubai Miroku. Gembira dapat berkenalan dengan awak, Azayaka,” kata lelaki yang bernama Shochikubai Miroku itu sambil menghulur salam. Tohru menyambut.

“Oh! Awak boleh panggil saya Tohru sahaja. Lebih selesa,” dia mengeluarkan buku nota serta alat menulis dari begnya.

“Okay. So, awak pun panggil saya Miroku, ya? Lebih selasa begitu. Hehe,” Miroku tersengih. Memandangkan semester baru baru sahaja bermula, jadi buku pelajaran mereka masih tidak dibeli.


++++++++++


“HAI! Saya Kinokawa Yakumo. Selamat berkenalan,” tegur Yakumo sebaik sahaja Miss Emiko keluar dari dewan kuliah.

“Selamat berkenalan, Kinokawa.” balas Tohru ringkas sambil menghulur salam. Yakumo menyambutnya.

“Tohru-chan. Boleh saya panggil awak dengan nama tu?” Yakumo bertanya.

“Mestilah boleh,” Tohru mengangguk sambil tergelak kecil. Yakumo yang melihat wajah Tohru ketika tersenyum itu memeluknya erat.

“Awak ni comel betullah, Tohru,” kata Yakumo dengan gembira. Dia melepaskan pelukannya lalu mencubit pipi Tohru yang gebu itu.

“Adoi! Co-comel? Ma-mana ada lar. Saya mana ada comel,” balas Tohru sambil mengusap pipinya yang terasa sedikit perit. Wajahnya mula merona merah.

“Taklah. Awak memang comel pun. Dah la putih. Pastu ada lesung pipit yang comel kat pipi awak yang gebu ni. Rasanya mesti suatu hari nanti ada orang dari syarikat agensi permodelan akan cari awak untuk dijadikan model syarikat dorang,” gurau Yakumo.

“Mana adalah. Merepek jelah awak ni. Saya tak cukup tinggi untuk menjadi seorang model. Haha! Oh ya! Saya patut panggil awak apa ya? Yakumo atau Kinokawa?” tanya Tohru sambil tersengih.

“Panggil jer Yakumo. Ala. Anggap jer kita ni kawan baik okey?” kata Yakumo sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada Tohru. Kelakuannya membuahkan ketawa Tohru walaupun perlahan.

“Maaf ganggu awak berdua bersembang. Hai, Azayaka! Nama saya Kamisaka Haruhi. Panggil Haruhi sahaja. Selamat berkenalan,” kata salah seorang pelajar perempuan kelasnya yang kecil comel.

* Kamisaka Haruhi *

“Hai, Haruhi-chan. Panggil saya Tohru sudah la. Selamat berkenalan. Marilah duduk di sini,” Tohru mengajak.

“Boleh saya join sekali tak? Nama saya Kunimitsu Shoko. Selamat berkenalan,” kata pelajar perempuan yang berambut biru gelap tersebut.

“Selamat berkenalan, Shoko. Duduklah,” balas Tohru sambil mempelawa Shoko duduk. Dia menurut kata Tohru. Mereka bersembang dan saling bertanya tentang diri masing-masing sambil ketawa dengan cerita masing-masing.

“Wah, mesra nampak,”tegur seorang lelaki sambil menjeling ke arah Shoko.

“Apasal? Jealous ke?” balas Shoko agak kasar.

“Jealous? Oh, please la! Buat apa I nak jealous? Buang masa jer,” balas lelaki itu.

“Dah tu. Gi lah main jauh-jauh. Menyemak jer kat sini. Oksigen kat sini makin berkurang sebab ko datang tau!” kata Shoko kasar. Lelaki itu mahu pergi meninggalkan Shoko dan rakan-rakannya. Namun, Tohru menghalang.

“Eh! Nantilah dulu. Jangan pergi lagi. Emm, apa nama awak?”

“Nama? Nama saya Yamamoto Takashi. Panggil Takashi jer,” kata Takashi sambil menghulurkan salam. Tohru menyambutnya. Shoko menjeling tajam ke arah Takashi. Tohru perasan akan jelingan Shoko yang tajam itu.

“Jadi, adakah awak berdua ni couple?” tanya Tohru sebaik sahaja Takashi melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Shoko. Mereka memandang Tohru tepat.

“Janganlah pandang saya macam tu. Macam nak telan jer tengok,” seloroh Tohru. Yakumo dan Haruhi ketawa. Tetapi, Takashi dan Shoko hanya berdiam diri.

“Lah! Korang dah kenapa? Diam jer. Dah la soalan Tohru tadi korang tak jawab. Korang nak aku tolong jawab ke?” Yakumo bertanya sambi tersengih penuh makna.

“Jadi, betullah apa yang saya tanya tadi?” Tohru bertanya kepada Yakumo. Yakumo menganggukkan kepalanya.

“Tapi, dorang ni tak macam pasangan yang lain. Dorang ni suka gaduh. Tapi, dorang nilah pasangan yang paling sweet kat kolej ni. Hahaha.” gurauan Yakumo membuahkan senyuman di bibir Takashi dan Shoko.

“Tengok! Kan dah senyum,” kata Yakumo lagi. Tohru dan Haruhi melihat ke arah Takashi dan Shoko yang tersipu-sipu malu.

“Ala. Orang couple kalau tengok dia punya couple rapat ngan orang lain mestilah jealous even orang tu cuma kawan dia je. Kan Tohru?” kata Yakumo. Tohru dan Haruhi ketawa dengan kata-kata Yakumo. Manakala wajah Takashi dan Shoko menjadi semakin merah menahan malu.

- cemburu tandanya sayang -

Labels:



← Newer
Older →


About The Blogger
Ichi :
Just call me Kawaii Potato
Ni :
Age? Let it be a secret because a secret makes a woman woman. Lol
San :
Current living place? Malaysia.
Yon :
Every 10 January, I get older by a year
Go :
Get annoyed at backbiting people especially who pretend to be nice to my face but behind me you got snake tongue.


Yuk :
I love my family of course, and some people who really are there for me when I'm sad.
Chil :
Too many nicknames that I get from family and friends. I wouldnt list it here because I'm too lazy to do that. lol
Pal :
I'm a very stubborn person but I'm nice too. But if you're not nice to me, don't expect I'll being nice to you
Gu :
Obssessed to cute things and CHEESE!
Ship :
Favorite time spend: watching animes! :D

Eleven :
When I were in high school, my ambition was to be a spy/detective *anime influence* lol but not anymore
Twelve :
I'm incredibly observant
Thirteen :
I'm ambivert person *mixed extrovert and introvert*
Fourteen :
I can be an angle or a devil based on your attitude towards me.


You can like my Fan Page :) Click HERE to help me please. Thanks^^

Send Me Your Love Notes :)
  • NO HARSH WORD PLEASEE!
  • Make sure your link is correct
  • No "Follow you, Follow me back" but it does't mean i'm not visit your site back :)
  • To haters and anons, click HERE


  • DETECTED! Your IP is





    Affiliates
    friend friend friend friend friend friend

    enemy enemy enemy enemy enemy enemy


    Creditorials, don't remove please
    Layout made and coded by chocolettha.
    Icons are from thefadingnight.
    Colors from colorpicker - lemon sorbet.
    Background from ixora.tumblr.
    CSS from JSFIDDLE.


    Sweetie Pie