Pertemuan - Part 5 @ Thursday, November 22, 2012
▼
"Jaga diri atuk baik-baik ye. Nanti bila Tohru ada masa lapang Tohru akan datang melawat atuk. Minta diri. Mak Cik dan Pak Cik pun sama ye. Abang Shibuya dan Keiko pun.” Tohru berkata sopan sambil menundukkan kepalanya sedikit meminta diri.
“Ya. Atuk akan jaga diri atuk.” Kirishima berkata sambil tersenyum.
Tohru mengangguk. Kemudian dia menaiki kereta yang dibawa oleh Dean. Dean menutup pintu kereta. Dia menundukkan kepalanya sebelum melangkah masuk ke dalam kereta dan bergerak ke lapangan terbang untuk pulang ke Tokyo.
++++++++++
“Wakairi nasai, Tohru Oujosama *oujosama maksudnya puteri*. Saya Domoto Isogai. Oujosama boleh panggil saya Isogai,” kata Isogai, ketua pembantu rumah Azayaka sambil menunduk hormat. Tohru membalas tundukannya.
“Ta..tad..tadaema,” tergagap-gagap Tohru berkata. Dia gugup. Ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke dalam rumah yang bagaikan istana ini. Luarannya seperti rumah moden British. Dia terpegun dengan hiasan dalaman yang begitu mewah dan tersusun rapi. Malah, sangat bersih.
“Oujosama, mari saya tunjukkan bilik,” kata Isogai sopan. Tohru mengangguk. Isogai mengambil beg Tohru lalu membawanya menuju ke bilik Tohru.
Keadaan di dalam rumah Azayaka agak lengang. Tohru berasa pelik kerana rumah yang begitu besar bagaikan istana tetapi penghuninya tidak ramai.
“Umm..Isogai-san. Boleh saya tanya sesuatu?” ujar Tohru ketika mereka sedang menaiki tangga. Isogai menoleh.
“Ya. Oujo *maksud Puteri jugak* boleh tanya apa sahaja pada saya. Kalau soalan tu saya boleh jawab saya jawab. Kalau tak saya akan berusaha mencari jawapannya,” Isogai berkata sambil tersenyum.
“Umm..Mana semua orang? Maksud saya ibu bapa saya, dan abang-abang saya.” Tohru bertanya.
“Maafkan saya kerana terlupa nak beritahu Oujo tadi. Tuan dan Puan Azayaka berada di Los Angeles. Mereka ada hal di sana. Lebih tepat lagi mereka tinggal di sana buat sementara waktu sekarang. Junni-Ouji dan Junnichi-Ouji *ouji maksudnya putera* pula ada di kolej kerana ada perjumpaan persatuan. Shinichi-Ouji ada kes yang perlu disiasat di Osaka bersama rakan setugasnya, Heiji-sama. Kuroo-Ouji juga berada di kolej kerana ada latihan bola tampar. Seshoumaru-Ouji sedang bekerja di hospital dan Inuyasha-Ouji pula bekerja di Pejabat Polis Tokyo. Mereka akan pulang sebelum minum nanti,” terang Isogai seraya membuka pintu bilik Tohru. Tohru memasuki bilik barunya. Sekali lagi dia terpegun dengan kemewahan bilik tersebut. Biliknya sekarang tiga kali lebih luas berbanding biliknya sebelum ini.
“Oujo mandilah dulu. Air panas telah disediakan. Selepas mandi boleh turun minum petang bersama-sama Putera sekalian,” kata Isogai. Kemudian dia menundukkan kepalanya meminta diri. Tohru mengangguk. Dia meletakkan beg kecil yang disandangnya ke atas katil lantas menghempaskan badannya ke atas katil tersebut. Badannya terasa penat sekali. Pelbagai perkara yang terjadi hari ni. Kenyataan dia seorang puteri dan macam-macam lagi. Tohru menutupkan matanya. Wajah Kyo muncul. Kyo, rindunya kat awak. Detik hati Tohru. Matanya mula terasa panas. Lantas dia bangun dari pembaringannya dan pergi membersihkan dirinya.
++++++++++
“COMELNYA dia nie!!!” ujar seorang lelaki yang berambut prussian blue sebaik sahaja ternampak Tohru. Dia memeluk Tohru seerat-eratnya. Tohru hampir sesak nafas disebabkan kelakuannya.
“Hei, lepaskan dia Junni! Siapa beri kebenaran kau peluk dia, hah?” Seorang lagi lelaki yang hitam rambutnya berkata kasar. Rambutnya sebelah kanan menutupi sedikit mata kanannya. Dia menarik Tohru rapat dengannya. Tangannya memeluk bahu Tohru. Sedikit perasaan tidak selesa terbit dari hati Tohru. Mukanya merah menahan malu. Tak pernah lagi ada lelaki yang berbuat begitu padanya sebelum ini.
“She's mine. Don't try to touch her again,” lelaki tersebut memberi amaran.
PAP!
Kepala lelaki itu diketuk dengan gulungan kertas yang bersaiz A3. Kertas tu agak keras, jadi bunyinya kedengaran jelas sekali.
“Apa maksud kau ‘she's mine’, hah?” soal seorang lagi lelaki yang berambut sedikit panjang berwarna hitam dengan nada yang agak keras. Di tangannya terdapat gulungan kertas yang menjadi senjata untuk memukul kepala lelaki tadi.
“Lepaskan dia sekarang,” lelaki tersebut mengarah. Lelaki yang berambut hitam itu menurutinya. Lelaki berambut hitam panjang itu kemudiannya memalingkan wajahnya ke arah Tohru. Dia tersenyum melihat adik perempuannya yang telah lama terpisah dari mereka.
“Nama saya Azayaka Inuyasha. Saya adalah Ouji yang kedua, Ash. Umur abang 35 tahun dan abang merupakan Ketua Polis di Balai Polis Tokyo,” lelaki tersebut memperkenalkan dirinya tanpa dipinta. Dia menghulurkan salam pada Tohru.
#Ash#
“Um..Err.. Saya Honda Tohru. Umur 19 tahun dan sedang belajar di Kolej Kaibara di Kyoto,” balas Tohru gagap sambil menyambut salam Ash. Mereka yang berada di sekelilingnya tersenyum sahaja.
"Tohru, kamu mesti tak selesa dengan kemesraan Junni dan Kuroo tadi kan. Maafkan mereka ya?" ujar Ash lagi. Tohru hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Tohru, mulai sekarang, nama keluarga awak bukan lagi ‘Honda’ tau tetapi Azayaka. Selamat datang ke keluarga Azayaka, anak Azayaka Yusaku yang keenam, Azayaka Tohru,” kata lelaki yang rambutnya berwarna kelabu kehitaman sambil mengusap kepala Tohru dengan lembut.
“You forgot to tell about yourself, brother,” tegur Ash.
“Oh! Terlupa pulak. Nama abang, Seshoumaru. I'm the first Prince. Call me Esh. Hehe. Umur 37. kerja sebagai doktor pakar bedah di hospital milik keluarga kita, Hospital Azayaka,” Esh berkata sambil membetulkan letak cermin matanya.
#Esh#
“Abang pulak Shii-Ouji. Nama penuh abang Shinichi. Umur 28 tahun dan bekerja sebagai detektif di Pejabat Persendirian Azayaka. Saya juga seorang yang terkenal dalam kalangan orang pompuan. Hihihi…” Shinichi tersengih sambil tangannya mengosok-gosokkan dagu.
PAP!
Satu pukulan hinggap di kepala Shinichi.
“Ouch!! Sakit ar. Apa tetiba pukul kepala orang nie?” Shinichi marah.
“Nape tetiba pukul? Eh! Kau tu dah ada tunang. Nak kahwin dalam bape bulan je lagi. Berani cakap macam tu.”
“Suka ati orang ar. Dah betul orang hot. Hahaha!” Shii masih nak melawan walaupun kepalanya telah menjadi mangsa pukulan Ash.
“Dah. Dah. Jangan gaduh-gaduh lagi. Kang tak pepasal kepala korang jadi ‘mangsa’ tangan abang. Kuroo giliran kamu perkenalkan diri.” Kata Esh.
“Nama saya, Kuroo. Umur 24 tahun dan masih belajar di Kolej Ouran, Tokyo di tahun akhir dalam bidang Art. Aktif dalam sukan bola tampar dan pernah mewakili sekolah untuk ke peringkat negara. Sekarang abang juga bekerja sambilan sebagai model di syarikat Nichiuri. Mungkin adik pernah nampak muka abang yang hensem nie kat T.V. atau majalah kan?” kata lelaki yang berambut hitam yang rambut sebelah kanannya menutupi mata kanannya sedikit tadi tu sambil tersengih. Tohru hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.


# Kuroo#
“Maaflah. Tapi, Tohru tak pernah nampak muka abang sebelum nie. Inilah kali pertama Tohru nampak muka abang,” jawab Tohru jujur. Kuroo kecewa. Junni ketawa terbahak-bahak manakala Junnichi tersenyum sinis dengan kata-kata Tohru. Kuroo menjeling mereka tajam.
“Baiklah. Giliran kami pula. Nama saya Junni. Ini adik kembar saya, Junnichi. Kami berumur 20 tahun. Kami merupakan pelajar kolej Ouran, Tokyo. Cara untuk membezakan kami ialah, saya, Junni, rambut terbelah di sebelah kiri. Manakala Junnichi, rambut dia terbelah di sebelah kanan,” ujar Junni, si lelaki yang berambut pressian blue itu. Junnichi kelihatan seperti seorang yang pendiam. Tohru masih tidak mendengar suaranya lagi dari tadi. Tapi dia tidak menyoal apa-apa kerana mungkin Junnichi lebih selesa begitu.

# Junnichi, Junni #
“Oh ya! Apa kata kalau adik pun pindah ke Kolej Ouran juga. Kalau adik terus belajar kat Kolej Kaibara tu, susahla. Kolej tu kat Kyoto. Jauh dari umah kita,” cadang Junni. Tohru diam. Dia melihat ke arah abang-abangnya. Mereka hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan Junni sebentar tadi.
Tohru rasa bersalah. Dia tidak sampai hati untuk berpisah dengan Kyo. Tapi... Tak! Dia tak kisah kerana terpaksa berpisah dengan Kyo tapi dia tak sanggup untuk berjauhan darinya. Dia kena juga berjauhan dengan Kyo supaya Kyo tidak terluka lagi. Dah alang-alang sekarang tengah cuti summer di sana, mereka tidak lagi berjumpa. Kini telah hampir dua minggu mereka tidak berjumpa. Apa khabar Kyo agaknya ya. Sudah sedarkan dia? Sihatkah dia. Hatinya bermonolog.
“Tohru, kenapa nie? Tohru tak sihat ke? Tak pun, Tohru tak sampai hati nak berpindah kolej?” tanya Shii yang seolah-olah dapat membaca isi hati Tohru.
“Eh! Tak. Tak de ar. Tadi Tohru tengah pikir, boleh tahan juga idea abang Junni tu. Tohru gi belajar kat Kolej Ouran jer la. Lagi pun sekarang sedang cuti summer, mudah sikit proses penukaran kolej.” Tohru berkata sambil menguntumkan sedikit senyuman kepada Shii. Shii hanya mengangguk.
“Baguslah kalau cam tu. Nanti siapkan dokumen-dokumen yang diperlukan, lepas tu boleh inform driver kita, nanti dia bawakkan kamu ke kolej Kaibara untuk selesaikan pemindahan kolej tu” balas Shii.
“Baiklah. E-Eh!~ Kita ada driver ke?” Tohru menjerit kecil. Dia terkejut dengan penyataan Shii.
“Ye. Kita ada driver, Tohru sayang,” kata Shii lagi sambil mencuit dagu Tohru. Dia tergelak kecil melihat reaksi Tohru. Kekok barangkali.
“Oh ye ke.” Tohru mengangguk. 'Betul la. Aku kan puteri. Mesti la ada je driver semua tu. Apalah'
“Lagi dua minggu dah mula semester baru. Kita pergi sama-sama ye?” kata Kuroo kepada Tohru. Tohru hanya mengangguk sambil matanya melirik ke arah televisyen. Rancangan ‘Penyiasatan Hebat Sherlock Holmes’, Rancangan kegemaran Shii agaknya. Mata Shii terus tertumpu pada kaca television.
"Oh ya sebelum terlupa. Nanti selepas makan malam, kita video call dengan Otousama *ayah* dan Okaasama *ibu* ye. Mereka nak tengok kita semua." Esh selaku anak sulong keluarga Azayaka menyampaikan. Masing-masing mengangguk faham. Sanji, tukang masak mereka membawakan sajian minum petang mereka.
- Ingin melupakan cinta lama, kenalah menjauhkan diri daripadanya -
Labels: pertemuan