Pertemuan - Part 4 @ Thursday, April 5, 2012
▼

# Dean #
"Sumimasen. Adakah ini kediaman Honda?” tanya seorang lelaki kepada Tohru ketika mereka berada di hadapan rumah Honda. Lelaki tersebut kelihatan seperti seorang bangsa asing. Tetapi Bahasa Jepunnya agak fasih. Mungkin dah lama tinggal di Jepun. Dia berpakaian kemas, bersuit. Sekali pandang seperti seorang yang berjawatan tinggi.
“Ya. Ini kediaman Honda. Boleh saya tahu awak siapa? Awak nak cari siapa ye?” Tohru bertanya sopan. Lelaki yang lengkap berpakaian formal tersebut tersenyum.
“Saya Dean Alfelleous. Boleh panggil saya Dean. Saya nak cari Tuan Honda Kirishima. Dia ada?” Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya. Dia menghulurkan salam dan Tohru menyambut.
“Oh! Awak cari atuk rupanya. Jemput la masuk. Atuk ada kat dalam.” Tohru mempelawa. Lelaki tersebut seakan-akan terkejut setelah mendengar perkataan 'atuk' meluncur keluar dari bibir Tohru.
“Maaf bertanya, nama awak siapa ye?” soal Dean sambil menanggalkan kasutnya ketika memasuki rumah Tohru. Dia mengenakan selipar tetamu yang diletakkan Tohru di hadapannya.
“Saya Tohru. Honda Tohru” Tohru menundukkan kepalanya sedikit. Dia mengukir senyuman kepada Dean. "Awak tunggu kat sini dulu ye? Saya panggilkan atuk," ujar Tohru sambil menunjukkan ruang tamu kepada Dean. Kemudian dia beredar ke bilik atuknya. Dean mengangguk sambil tersenyum nipis. Dia memerhati Tohru sehingga hilang dari pandangannya. 'Nampaknya Tn. Kirishima masih tidak memberitahu perkara sebenar kepadanya.' bisik hati kecilnya.
++++++++++++++++++++
“ATUK, ada tetamu nak jumpa atuk. Dia tunggu atuk kat ruang makan. Nama dia Dean,” tanpa dipinta Tohru memberitahu datuknya. Datuknya hanya mengangguk. Mereka berdua keluar dari bilik menuju ke ruang makan. ‘Nampaknya dah tiba masanya mereka membawa Tohru pergi.’ bisik hati kecil Kirishima.
“Maaf buat awak menunggu, En. Dean.” Ujar datuk Tohru kepada Dean sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang makan. Tohru beredar untuk menyediakan air dan sedikit makanan buat mereka. Dean memerhati tingkah laku Tohru.
“Tak pe. Saya pun baru je sampai.” Dean membalas sopan sambil tersenyum. Dia merenung mata atuk Tohru. Dia menganggukkan kepalanya tanda faham.
“Sila minum,”Tohru mempelawa sambil meletakkan makanan dan minuman di atas meja. Dia baru hendak berlalu namun atuknya memanggil.
“Tohru, kamu pun duduk sekali di sini. Ada perkara penting yang kamu perlu tahu,” ujar atuknya apabila melihat Tohru yang mahu beredar. Tohru akur. Dia duduk di sebelah atuknya, berhadapan dengan Dean. Wajahnya tidak membayangkan apa-apa syak.
++++++++++++++++++++
Keadaan di ruang makan tersebut sunyi sepi. Dean memerhati riak wajah Tohru yang dari tadi seperti tiada perasaan. Tohru kemudian menarik nafas dalam-dalam.
“Betul ke ni? Saya hanya anak angkat mak je? Malah saya ialah anak seorang detektif terkenal, Kudo Yusaku? Tapi nama keluarga kami yang sebenar adalah Azayaka kerana kami golongan diraja?” soal Tohru bertubi-tubi. Dia tidak dapat percaya bahawa dia sebenarnya adalah anak angkat kepada Kyoko dan Katsuya Honda. Tambahan pula dia merupakan anak kepada lelaki yang sangat terkenal di mata dunia. What a joke?! Dia memegang kepalanya yang terasa berdenyut.
“Ya, kamu ialah seorang puteri. Puteri Azayaka Tohru. Apa yang dikatakan Dean semuanya betul. Atas sebab-sebab tertentu, kamu diberikan kepada Katsuya dan Kyoko untuk dijaga. Beberapa orang abang kamu jugak turut dihantar ke keluarga yang berlainan. Tetapi hanya abang kamu yang ketiga sahaja yang berada bersama-sama ibu bapa kandung kamu dan mereka menggunakan nama Kudo untuk menembunyikan identiti diraja kamu. Tapi, apa yang dilakukan adalah untuk melatih kamu semua supaya boleh hidup berdikari sejak kecil dan setelah sampai masanya, kamu perlu kembali ke keluarga sebenar kamu. Perkara sebenar selebihnya, atuk rasa kamu akan mengetahuinya nanti.” jelas datuknya. Dia cuba meyakinkan Tohru dengan apa yang dikatakan oleh Dean.
“Atuk tahu sebelum ni. Tapi kenapa atuk tak memberitahu Tohru hal yang sebenar sebelum ni?” Tohru bertanya. Dia sudah mulai sebak. Matanya berair. Tiba-tiba wajah Kyoko dan Katsuya bermain di mindanya. Kemudian diganti dengan wajah Kyo. Perasaan rindunya pada lelaki itu terbit kembali.
“Atuk dah berjanji dengan Katsuya dan Yusaku yang atuk takkan bagitau perkara sebenar sehinggalah tiba masanya. Dan sekarang adalah masanya. Maafkan atuk, Tohru. Tapi atuk harap kamu faham," ujar datuknya lembut. Tohru hanya diam.
“Sebenarnya setiap putera dan puteri keluarga Azayaka perlu tinggal di rumah rakyat biasa untuk membiasakan diri mereka sebagai rakyat biasa. Nanti tiadalah berlaku ketidakadilan sesama rakyat. Lagi pun memang Putera Esh dah melarang kami dari memberitahu Puteri tentang hal ni sehinggalah Puteri berusia 19 tahun.” jelas Dean lagi.
Tohru semakin bingung. Aku puteri? Dihantar untuk menjadi rakyat biasa? Tiba-tiba dia teringat nama yang disebut Dean sebentar tadi.
“Putera Esh? Siapa dia?” tanya Tohru.
“Oh! Maafkan saya. Putera Esh ialah Putera yang pertama, iaitu abang kandung Puteri. Selain Putera Esh, Puteri ada lagi lima orang abang. Puteri adalah anak yang bongsu. ” Terang Dean. Tohru diam. Dia terlalu terkejut dengan berita yang baru didengarnya tadi. ‘Aku seorang Puteri?’ Dia menggeleng perlahan.
“Tetapi, walaupun keluarga Puteri adalah kerabat diraja, namun, keluarga Puteri sebenarnya menghadapi sedikit masalah." Tohru sedikit terkejut dengan kata-kata Dean. "Masalah apa pulak tu?" dia menyoal. Dah la tetiba cakap aku ni kerabat diraja. Lepas tu ada masalah pulak. Apa ni?
"Tentang tu, saya rasa saya bukan la orang yang sesuai untuk menceritakannya. Namun Puteri boleh tanyakan perkara tu pada ahli keluarga Puteri yang lain. Jadi, boleh tak kalau Puteri mengemaskan segala pakaian puteri? Bapa Puteri meminta Puteri pulang sebaik sahaja mendapat tahu berita ni.” Dean mengarah lembut. Tohru terpaksa akur. Berat hati dia nak tinggalkan datuknya. Dia hanya mampu melihat datuknya dengan pandangan yang sedih.
Labels: pertemuan