Pertemuan - Part 3 @ Tuesday, April 3, 2012
▼

# shigure, hatori, ayame #
“TADAIMA! Kyo! Kau ada di rumah ke?” laung Shigure sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumahnya.
“Okaeri. Ada kat dapur ni. Tak perlu nak jerit sampai macam tu.” Kyo membalas dari dapur. Kemudian Shigure memasuki dapur. Sebaik sahaja masuk, dia terkejut kecil. Acano tu terkejut kecik? :p
“Oh, Tohru! Awak pun ada kat sini gak ke? Apa yang awak buat kat sini?” Ujar Shigure apabila ternampak Tohru juga berada di dapur bersama-sama Kyo. Tohru tersenyum. Mereka pernah tinggal serumah ketika dia masih bersekolah tinggi kerana hal keluarga Tohru dan dia membalas budi mereka dengan menjadi suri rumah mereka, mengemas dan memasak untuk mereka.
“Tadi selepas tamat kuliah Kyo minta saya tolong ajar dia buat penkek” Tohru memberi penjelasan.
“Penkek? Kenapa pula Kyo suruh awak ajar? Setahu saya dia tak suka makanan yang manis-manis.” Shigure bertanya lagi. Matanya terkebil-kebil merenung Kyo. Pelik! Kemudian dia tersenyum faham.
“Hari tu saya pernah bagi penkek untuk kawan-kawan satu kelas. Kyo pun saya bagi. Lepas tu, Kyo kata sedap. Dia suruh saya ajarnya.” Kata Tohru panjang lebar sambil tangannya membalikkan penkek di atas kuali. Shigure mengangguk. Dia tersenyum senang. Kalau dah bercinta tu yang tak suka pun boleh jadi suka.
“Baguslah. Jadi, tak payahlah saya nak suruh Kyo gi carik awak.” Shigure bersuara selepas hampir seminit dia diam. Tohru dan Kyo berpaling serentak. Masing-masing membuat muka tanda tanya.
“Cari saya? Kenapa pulak?” tangannya mengangkat penkek yang telah siap lalu diletakkan ke atas pinggan. Tohru memandangnya tepat.
“Akito nak jumpa kamu berdua,” jelas Shigure.
“Jumpa kami? Kenapa?” Kyo bertanya. Suaranya agak tenang. Tapi tidak hatinya.
“Ntahlah. Tapi nampaknya dia dah tahu yang kamu berdua ni tengah bercinta.” Shigure membalas. Mendengarkan perkara tersebut, membuatkan Kyo bertambah gelisah. Dia mulai risau akan keselamatan Tohru. Risau jika Akito mengapa-apakan perempuan yang dicintainya itu. Sebelum ini juga Akito penah lakukan sesuatu yang kejam terhadap Kana, tunang sepupunya, Hatori. Tohru memerhati gelagat Kyo yang terdiam.
“Kyo, kenapa nie? Muka awak nampak pucat jer.” Tohru bertanya lembut. Risau melihat Kyo yang kelihatan dalam ketakutan.
“Nothing. Shigure, bila dia nak jumpa kami?” Kyo berpaling semula kepada Shigure.
“Emm. As soon as possible. Hujung minggu ni kamu berdua pergi la. I would like to go there too.” Kyo dan Tohru mengangguk faham.
"Jangan la Akito mengapa-apakan Tohru. Aku taknak kehilangannya" bisik hati Kyo
++++++++++++++++++++

# akito #
SEBAIK sahaja tiba di Main House (Rumah Utama), Kyo, Tohru dan Shigure di bawa ke bilik Akito. Hatori telah sedia menunggu mereka di luar bilik Akito. Kyo yang tidak pernah menjejakkan kakinya ke kawasan itu, memerhati keadaan sekeliling yang agak suram. Dia yang lahir pada Tahun Kucing, selalu dipinggirkan. Dia tidak kisah semua tu sekarang. Apa yang dikisahkan adalah keselamatan Tohru. Hatinya berdoa agar segalanya akan berjalan dengan lancar.
"Dia dah menunggu di dalam. Kamu berdua masukla," ujar Hatori. Kyo dan Tohru mengangguk. Mereka memasuki bilik Akito. Shigure dan Hatori menunggu di luar bilik. Hati mereka turut berharap agar tidak berlaku perkara yang tak elok kepada Kyo dan Tohru kerana mereka orang yang baik, terutama sekali Tohru.
Kyo dan Tohru duduk di hadapan Akito. Akito masih tidak memulakan bicara. Dia berjalan mundar-mandir di dalam biliknya itu. Tangannya diletakkan di belakangnya. Wajahnya kelihatan agak bengis ketika itu. Kyo ketakutan.
“Jadi, kau dan perempuan ni bercinta ye?” kata Akito sambil membelakangkan Kyo dan Tohru setelah lama dia mendiamkan diri. Kyo hanya diam. Dia memerhati Tohru yang berada di sisinya. Kemudian, dengan beraninya dia mengangkat muka melihat Akito yang masih membelakangkan mereka.
“Ya. Kami memang sedang bercinta dan memandangkan kau dah tahu tentang nie, jadi aku nak minta izin untuk berkahwin dengannya.” Kyo bersuara. Dia tahu Akito pasti tidak akan membenarkannya. Tapi dia tetap akan berkahwin juga dengan Tohru. Akito hanya diam. Hatinya mula panas.
"Kau mintak izin aku untuk berkahwin dengan perempuan ni?" Setelah diam beberapa minit Akito bertanya.
"Kau ingat kau layak ke untuk bahagia? Kau ingat kau layak ke??" Suara Akito mulai meninggi. Dia memandang Tohru.
"Kau puncanya tahu tak? Kau, perempuan hodoh, kau puncanya mereka mula tak patuh pada aku. Kau puncanya, mereka mula nak jauhkan diri dari aku! Kau ingat aku nak benarkan kau berkahwin ke, kucing bodoh!" dada Akitoo turun naik. Dia meninggikan suaranya kepada Kyo dan Tohru.
"Akito, saya memang sangat sayangkan Kyo. Jadi saya juga ingin meminta kebenaran dari awak untuk berkahwin dengannya," kata Tohru dengna lembut, dia menundukkan kepalanya seolah-olah ingin merayu kepada Akito. Akito semakin berang.
"Jangan mimpi la aku nak bagi korang berdua kahwin. Jangan mimpi la kau nak hidup bahagia dari aku!" Akito makin tak keruan memandang Kyo dan Tohru. Dada Kyo berombak kuat. Dia semakin risau akan keselamatan Tohru. Akito bergegas ke penjugu biliknya lalu dia mencapai sebiji pasu sederhana besar lalu membalingnya ke arah Tohru.
PRANG!!
Tanpa disangka-sangka pasu tersebut mengenai tepat pada kepala Kyo. “Aku takkan benarkan kau berdua berkahwin! Takkan sesekali! Kau tahu aku tak suka orang yang lebih bahagia daripada diri aku! Aku takkan benarkan!! Aku takkan benarkan!!!” Akito meradang. Malangnya Kyo tidak mendengar apa yang dikatakannya tadi. Kyo sudah tidak sedarkan diri. Melihatkan Kyo terbaring bersama lumuran darah di kepalanya, Tohru tergamam.
"Akito!" Shigure dan Hatori segera memasuki bilik Akito setelah mereka mendengar jeritannya berserta bunyi kaca pecah.
"Kyo!!" serentak Shigure dan Hatori berkata. Terkejut! Kyo sudah terlentang. Kepalanya berdarah teruk.
"Hatori! Ambulance! Dan bawa Tohru keluar dari bilik ni cepat," Shigure mengarah. Dia menghalang Akito dari menerkam Tohru. Tohru trauma. Dia tak dapat berdiri dengan baik. Lututnya menggigil. Kyo akhirnya dihantar ke hospital.
++++++++++++++++++++

"Semua salah aku. Salah aku. Kyo cedera sebab aku. Semua salah aku. Kyo, maafkan saya. Maafkan saya. Maaf. Maaf," Tohru masih menggigil. Dia menyalahkan dirinya tentang apa yang berlaku sebentar tadi. Kyo cedera parah di kepala kerana cuba menyelamatkannya dari terkena pasu yang dibaling oleh Akito tadi.
“Aku nak kau berpisah dengan Kyo. Aku benci kau! Kenapalah dalam banyak-banyak pompuan, kau jugak yang Kyo pilih? Dah lah muka hodoh. Lembab, miskin pulak tu.” Perlahan suara Akito. Tapi suara agak sinis. Tohru hanya mampu diam. Matanya sembam akibat terlampau banyak menangis. Dia berfikir sejenak. Kemudian dia berdiri berhadapan dengan Akito. Matanya bertentang mata Akito. Tohru menarik nafas perlahan.
“Saya akan berpisah dengan Kyo. Tapi, satu je yang saya mintak. Jangan cederakan dia lagi.” Tohru berkata sayu. Matanya memandang tepat ke arah Akito. Dia lebih sanggup tinggalkan Kyo daripada Kyo terus terluka disebabkannya. Dia pasrah.
"Hatori! Aku nak kau padam ingatan perempuan ni tentang keluarga Sohma. Aku nak kau padam semua ingatan dia tentang Kyo!" Akito menjerit. Dia terus berlalu meninggalkan Hatori dan Tohru. Hatori hanya memerhati. Kemudian dia melihat Tohru yang masih menunduk.
"Hatori, saya ada satu permintaan." Tohru memandang Hatori. Wajahnya kelihatan sedih sekali.
- Percintaan memerlukan pengorbanan -
Labels: pertemuan