Pertemuan - Part 2 @ Tuesday, April 3, 2012

"Maaf, saya dah ada orang yang saya suka,” kata Tohru sambil menghulur kembali anak patung putih berbentuk tikus yang diberi oleh Yuki tiga hari lepas. Yuki terkejut. Dia tidak menyangka ada perempuan yang akan menolaknya. Walhal, dia ialah lelaki yang paling kacak di kolej tersebut.

“Siapa dia? Kyo kan maksud awak?” Yuki memandang tepat wajah Tohru. Suaranya agak sinis. Suaranya bagaikan sedang menahan marah. Tohru hanya menundukkan kepalanya. Dia mengangguk perlahan. Yuki bengang. Namun, dicubanya mengawal daripada memarahi Tohru.

“Kenapa mesti dia? Kenapa mesti orang tak guna tu yang awak suka. Kenapa mesti kucing bodoh tu? Kan saya orang yang awak jumpa dulu. Awak kenal saya dulu. Kenapa mesti dia yang awak pilih? Kenapa?” Yuki bertanya bertalu-talu. Tohru hanya mendiamkan dirinya. Dia memejamkan matanya. Tak pernah lagi dia melihat amarah Yuki selama mereka kenal. Yuki bertambah berang apabila Tohru tidak menjawab pertanyaannya. Lantas dia menolak Tohru ke dinding dan mendepakan kedua-dua belah tangannya melintasi muka Tohru lalu melabuhkan tapaknya ke dinding. Wajahnya semakin lama semakin dekat dengan Tohru.

"Lepaskan saya, Yuki!" Tohru cuba menolaknya sekuat hati, tetapi dia terlalu lemah untuk menolak seorang lelaki di hadapannya itu. Yuki buat tak dengar dengan kata-kata Tohru yang minta dilepaskan. Dia mendongakkan sedikit wajah Tohru menghadap wajahnya.

"Kalau awak tak nak terima saya, at least let me kiss you," sinis saja suara Yuki. Tohru makin kuat menolaknya. Matanya bergenang. Tidak disangkanya, Yuki yang selama ini baik, sanggup berbuat demikian kepadanya. Apa yang dah jadi pada Yuki sebenarnya? Detik hatinya.

"Please! Let me go, Yuki!" rintihnya. Namun, Yuki masih tetap dengan hasratnya itu. Bibirnya semakin dekat dengan bibir Tohru.

DUSHH!!!

Belum sempat Yuki menghabiskan hasratnya, mukanya ditumbuk oleh seseorang. Dia terjelopok

“Apa yang kau nak cuba buat pada Tohru, hah?” bagai halilintar suara Kyo pada ketika itu. Dilihatnya muka Yuki seperti singa mahu menerkam mangsanya. Bengis sekali. Kyo menarik Tohru dekat dengannya, cuba untuk melindungi perempuan yang dicintainya itu.

Kemudian, dengan selambanya Yuki berdiri sambil menepuk-nepuk debu-debu kotoran yang melekat pada bajunya.

“Kau tak payahlah nak tunjuk hero. Aku tau kau saja nak tumbuk aku sebab nak tunjuk yang kau ni baik kan? Tak payah la. Kau tu bukannya baik sangat pun.” Sambil tersenyum sinis Yuki berkata. Kyo makin hangin.

“Jaga mulut kau tu, tikus tak guna.” Kyo menarik kolar baju Yuki dan dia sudah bersedia untuk menumbuknya sekali lagi. Yuki pun dah bersedia untuk bergaduh. Cepat-cepat Tohru menghalang mereka.

“Kyo, jangan gaduh lagi. Kejap lagi kita ada lagi satu kelas. Nanti prof tanya kenapa pula,” Kyo memandang Tohru. Hatinya menjadi lembut apabila memandang mata Tohru. Kalau Tohru tiada bersamanya, memang dah hinggap lagi satu tumbukan ke muka Yuki tu.

"Dia dah cuba buat yang bukan-bukan pada awak, tapi awak minta saya lepaskan dia?" perlahan suara Kyo. Tapi Tohru tahu dia sedang menahan marahnya. Lembut pandangannya singgah ke wajah Kyo.

"Damare" sepatah saja yang keluar dari mulut Tohru. Dia menggeleng kepala. Matanya merenung dalam mata Kyo. Kyo akur. Dia melepaskan genggamannya dari kolar Yuki.

"Kau bernasib baik hari ni, Yuki," Kyo berkata perlahan. Yuki membetulkan kolar bajunya yang sedikit renyuk. Tali leher yang dipakainya senget. Lantas Tohru bergerak ke arahnya.

“Tali leher awak dah senget. Saya tolong awak betulkannya ya.” Tohru berkata sambil tersenyum manis. Yuki hanya menurut dan diperhatikan oleh Kyo. Hatinya sakit. Namun dia faham. Tohru tak mungkin jadi miliknya kerana dia tahu, sejak awal lagi hati Tohru dimiliki Kyo. Tapi.......

“Baiklah. Dah siap. Yuki, ini adalah kali terakhir saya betulkan tali leher awak. Lepas ni, kalau tali leher awak senget lagi, saya harap akan ada seorang perempuan yang boleh tolong betulkannya untuk awak.” dia berkata lembut. Yuki berdiam diri. Wajahnya kelihatan muram. Namun, riaknya dilindungi dengan senyuman. Kemudian mereka bertiga sama-sama berlalu ke kelas masing-masing.

++++++++++++++++++++

"Aku masih tak faham. Apa yang ada pada Kyo yang aku tak ada? Apa yang ada pada Kyo, yang Tohru langsung taknak terima aku sebagai seseorang yang boleh dianggap lebih dari kawan?"

++++++++++++++++++++

“TOHRU! Maaf sebab saya terlewat. Dah lama ke awak tunggu saya?” Kyo sedikit penat akibat berlari dengan laju kerana dia terlewat bangun pagi itu. Kini dah hampir setahun mereka bercinta. Namun, Yuki masih belum boleh terima kenyataan bahawa dia yang digelar "Prince of College" di kolej mereka tu, boleh kalah dengan sepupunya, Kyo yang terkenal dengan kerana barannya.

“Tak lah. Tak lama pun. Saya pun baru sampai.” kata Tohru sambil mengelap peluh yang keluar dari dahi Kyo. Dia tersenyum manis. Kyo sedikit malu dengan kelakuan Tohru. Mukanya merah. Nasib baik tiada sesiapa yang nampak.

“Ye ke? Dah le. Jom kita gi kelas. Kang lambat tak pasal-pasal kena halau pulak,” Kyo berkata separuh bergurau dengan Tohru sambil menarik tangannya. Tohru menurutinya sambil ketawa kecil.

Dari jauh mereka sedang diperhatikan oleh sepasang mata yang cemburu akan kebahagiaan pasangan yang sedang bercinta itu. Rasa sakit hatinya semakin mendalam setiap kali melihat Kyo dan Tohru bersama.

++++++++++++++++++++

“AKITO, saya ada sesuatu yang nak dicakapkan,” Yuki berkata sambil duduk di hadapan Akito, ketua keluarga Sohma.

“Cakaplah. Saya sedia mendengarnya, Yuki. Lagipun dah lama saya tak jumpa awak.” Akito berkata sambil tersenyum sinis. Tangannya mengusap lembut wajah Yuki. Yuki agak tidak selesa. Namun dia tidak menepis tangan Akito.

“Emmm. Sebenarnya Kyo ngan Tohru, dorang tengah bercinta.” tanpa mukadimah, Yuki memulakan bicara.

“Apa? Jangan nak tipulah. Tak mungkin Kyo akan suka pompuan yang hodoh tu! Dah la hodoh. Miskin pulak tu! Perangai dia pun annoying!” Akito bengang. Matanya seperti mahu keluar laser. Mana boleh ada orang yang hidup lagi bahagia darinya. Tak boleh!!

“Awak tahu saya takkan tipu awak, Akito. Lagipun awak kan ketua keluarga. Dan Kyo memang berani untuk bercinta tanpa minta kebenaran daripada kau, Akito.” Yuki mengiakan berita tersebut. Dalam hatinya seperti mahu ketawa sekuat hati. Tunggu kau Kyo. Kalau Tohru tak boleh jadi milik aku, dia pun tak boleh jadi milik kau!

“Seishhh! Pergi panggil Shigure datang. Aku ada sesuatu yang nak cakap pada dia.” Akito mengarah Yuki. Yuki akur. Dia segera pergi memanggil Shigure yang berada di luar. Hatinya terasa puas. Lepas ni mesti Akito akan arahkan mereka berpisah. Hahahah!

Shigure segera pergi ke bilik Akito sebaik sahaja diberitahu bahawa Akito ingin berjumpa dengannya.

++++++++++++++++++++

“YUKI kata awak nak jumpa saya, Akito. Apa halnya?” tanya Shigure sebaik sahaja memasuki bilik Akito dan duduk di hadapannya.

Sambil tersenyum sinis Akito berkata, “Aku dengar yang Kyo dengan Tohru couple. Betul ke?”
Shigure sedikit tersentak. Namun dia berlagak tenang. “Ya! Betul. Siapa yang beritahu awak pasal ni?” Dalam hatinya mengagak, Yuki. Tapi, tak mungkin la...

“Rasanya tak perlulah aku beritahu awak siapa yang beritahu saya tentang hal ni. Tapi saya nak jumpa mereka hari ni juga. Tolong beritahu mereka. Dah. Kau boleh keluar sekarang. Aku tak perlu kau lagi.” Akito berkata sambil membelakangkan Shigure. Shigure bangun lalu beredar meninggalkan Akito keseorangan. Hatinya risau. Risau akan apa yang Akito akan lakukan pada Kyo dan Tohru. Risau akan Yuki, yang sengaja membuka cerita pada Akito tentang mereka berdua. Ya. Dia tahu Yuki masih menaruh harapan pada Tohru. Tapi dia tidak menyangka bahawa Yuki akan melakukan sesuatu seperti ini. Sesuatu yang mungkin akan membuatkan Tohru rasa kecewa dan bersalah seumur hidup.

- Don't waste time on jealousy. Sometimes you're ahead, sometimes you're behind. -

Labels:



← Newer
Older →


About The Blogger
Ichi :
Just call me Kawaii Potato
Ni :
Age? Let it be a secret because a secret makes a woman woman. Lol
San :
Current living place? Malaysia.
Yon :
Every 10 January, I get older by a year
Go :
Get annoyed at backbiting people especially who pretend to be nice to my face but behind me you got snake tongue.


Yuk :
I love my family of course, and some people who really are there for me when I'm sad.
Chil :
Too many nicknames that I get from family and friends. I wouldnt list it here because I'm too lazy to do that. lol
Pal :
I'm a very stubborn person but I'm nice too. But if you're not nice to me, don't expect I'll being nice to you
Gu :
Obssessed to cute things and CHEESE!
Ship :
Favorite time spend: watching animes! :D

Eleven :
When I were in high school, my ambition was to be a spy/detective *anime influence* lol but not anymore
Twelve :
I'm incredibly observant
Thirteen :
I'm ambivert person *mixed extrovert and introvert*
Fourteen :
I can be an angle or a devil based on your attitude towards me.


You can like my Fan Page :) Click HERE to help me please. Thanks^^

Send Me Your Love Notes :)
  • NO HARSH WORD PLEASEE!
  • Make sure your link is correct
  • No "Follow you, Follow me back" but it does't mean i'm not visit your site back :)
  • To haters and anons, click HERE


  • DETECTED! Your IP is





    Affiliates
    friend friend friend friend friend friend

    enemy enemy enemy enemy enemy enemy


    Creditorials, don't remove please
    Layout made and coded by chocolettha.
    Icons are from thefadingnight.
    Colors from colorpicker - lemon sorbet.
    Background from ixora.tumblr.
    CSS from JSFIDDLE.


    Sweetie Pie