Pertemuan - Part 1 @ Tuesday, April 3, 2012
▼

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kelihatan seorang gadis, pelajar kolej Kaibara sedang termenung seorang diri. Memikirkan perkara yang terjadi semalam. Dua orang lelaki meluahkan perasaan mereka pada hari yang sama tetapi masa yang berlainan. Seorang datang melamar dan seorang lagi datang memintanya menjadi teman wanita lelaki tersebut.
++++++++++++++++++++
“Will you be my girlfriend, Tohru?” Sohma Yuki bertanya sambil tangannya menghulurkan anak patung berwarna putih berbentuk tikus. Tohru tergamam. Dia tidak berkata apa-apa. Agak lama dia berdiam diri. Yuki memandangnya. Sedikit kecewa terpamer pada wajahnya. Namun dia tetap memberi anak patung tersebut.
“Saya tahu. Awak mesti terkejut? It's okay, awak simpan dulu anak patung ni. Saya tunggu jawapan awak selepas tiga hari kat sini.” Belum sempat Tohru berkata sesuatu Yuki sudah beredar. Menuruni tangga dari bumbung kolej. Tohru masih berdiri di situ. Tidak bergerak atau bercakap sepatah pun. Tiada apa-apa reaksi yang terpamer di wajah Tohru. Dia hanya memandang anak patung yang diberi Yuki kepadanya. "Maaf Yuki. Hati saya telah dimiliki orang walaupun dia sendiri taktau." Tohru bermonolog.
Tiba-tiba pintu dibuka. Tohru berpaling. Rupa-rupanya, Sohma Kyo, lelaki yang paling disayanginya, lelaki yang berjaya menawan hati Tohru sekian lama. Tohru tersenyum nipis.
Kyo pelik melihat wajah Tohru yang tidak ceria seperti selalu. Lantas dia bertanya “Awak ni kenapa? Muram je tengok. Ada apa-apa masalah ke?”
Tohru menggeleng. “Nothing,” bohong Tohru sambil melemparkan senyuman manis yang dibuat-buat. Kyo hanya memerhati sahaja. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan gadis manis itu. Tetapi dia hanya mendiamkan diri. Dia memang mencari-cari Tohru dari tadi lagi. Setelah diberitahu oleh Shiriko bahawa Tohru berada di bumbung bangunan akademik, dia bergegas ke situ. Tujuannya adalah kerana Kyo ingin meluahkan perasaannya yang telah lama dipendam.
“Err..Tohru. Saya nak cakap sesuatu dengan awak boleh?” Kyo berkata sedikit gagap. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tohru pelik. Hari ini Kyo begitu sopan dengannya. Namun, dia mengangguk juga.
“Sebenarnya.. Em.. bila saya tengok awak.. jantung saya selalu berdegup kencang. Tangan saya pula.. selalu berpeluh dan.. Emmm.. Saya selalu memikirkan awak aje” Dia berhenti sekejap, memandang muka Tohru. Mukanya mula merona merah. Malu barangkali. Kemudian dia menyambung semula.
“Saya rasa.. saya sukakan awak,Tohru. Ummm. So, will... will.. will you... marry me?” Tohru terkejut dengan pengakuan Kyo. Tidak disangkanya lelaki yang telah memiliki hatinya juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya. Mukanya merah dan jantungnya berdegup pantas. Berbeza dengan apa yang dialaminya ketika bersama dengan Yuki sebentar tadi.
Namun, Tohru masih diam. Kyo perasan anak patung yang dipegang Tohru. Hatinya terdetik bahawa patung tersebut dihadiahkan oleh Yuki. "Damn you, Yuki. Kau luahkan dulu rupanya." Akhirnya, Kyo berkata, “Saya tak paksa awak terima saya. Walaupun kita akan berkahwin tapi saya tak punya harta yang banyak. Jadi kita mungkin akan susah dahulu. Tapi, saya betul-betul nakkan awak dalam hidup saya. Jadi... Umm.. Saya tunggu jawapan awak tiga hari lagi kat sini.” Kyo mengusap lembut kepala Tohru lalu beredar ke kelas.
++++++++++++++++++++
“Tohru? Tohru? Kenapa dengan awak ni? Saya panggil awak banyak kali awak dengar tak?” Shiriko, kawan baik Tohru berkata risau sambil tangannya melambai-lambai di hadapan Tohru. Dia pelik kerana Tohru tidak pernah diam seperti hari ini. Tohru hanya tersenyum nipis dan berkata “Saya tak apa-apa. ” Shiriko bertambah pelik. Jarang Tohru berahsia dengannya. Namun, dia tidak bertanya apa-apa kerana tidak mahu memanjangkan cerita.
“Dah la. Kelas dah nak mula. Jom!” Tohru berkata sambil menarik tangan kanan kawan baiknya itu. Shiriko akur.
Sebaik sahaja melangkah masuk kelas, Tohru terpandang Kyo yang juga telah berada di dalam kelas. Mata mereka bertentang seketika, lalu wajah mereka mula merona merah. Namun Kyo kelihatan tenang sahaja. Namun, tidak bagi Tohru. Jantungnya berdegup kencang. Tanpa mempedulikan Kyo yang memandangnya, Tohru berjalan melintasi Kyo tanpa berkata apa-apa atau senyum. Dia hanya jalan menunduk dan diam. Begitu juga Kyo. Shiriko bertambah pelik. Selalunya jika Tohru memasuki kelas dan apabila ternampak Kyo dia akan menegurnya. Tetapi, hari ini Kyo seperti tiada di tempatnya.
“Kenapa awak tak tegur Kyo, Tohru? Korang gaduh ke?” Shiriko berbisik sebaik sahaja mereka duduk di tempat masing-masing. Tohru hanya menggelengkan kepalanya.
“Tak ada apa-apa pun. Kitorang mana ada gaduh. Merepek jelar” Tohru berkata sambil ketawa kecil. Tanpa disedari Tohru, dia sedang diperhati Kyo.
- Kawan baik pun boleh bertukar menjadi cinta -
Labels: pertemuan