Pertemuan - Part 6 @ Thursday, November 22, 2012

"Apa khabar? Nama saya Azayaka Tohru. Saya masih baru di Tokyo nie. Apa-apa sila beri tunjuk ajar.” Tohru memperkenalkan dirinya ketika hari pertama kemasukannya di kolej barunya.

“Baiklah, Azayaka. Kamu boleh ambil tempat di sebelah lelaki itu,” kata Miss Emiko sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah kerusi kosong di sebelah seorang lelaki. Tohru menurut.

“Apa khabar? Gembira dapat berkenalan dengan awak,” kata Tohru seraya duduk di sebelah lelaki tersebut. Di meletakkan begnya di sebelah mejanya. Senyuman manis dilemparkan sehingga menampakkan lesung pipitnya.

“Baik. Saya Shochikubai Miroku. Gembira dapat berkenalan dengan awak, Azayaka,” kata lelaki yang bernama Shochikubai Miroku itu sambil menghulur salam. Tohru menyambut.

“Oh! Awak boleh panggil saya Tohru sahaja. Lebih selesa,” dia mengeluarkan buku nota serta alat menulis dari begnya.

“Okay. So, awak pun panggil saya Miroku, ya? Lebih selasa begitu. Hehe,” Miroku tersengih. Memandangkan semester baru baru sahaja bermula, jadi buku pelajaran mereka masih tidak dibeli.


++++++++++


“HAI! Saya Kinokawa Yakumo. Selamat berkenalan,” tegur Yakumo sebaik sahaja Miss Emiko keluar dari dewan kuliah.

“Selamat berkenalan, Kinokawa.” balas Tohru ringkas sambil menghulur salam. Yakumo menyambutnya.

“Tohru-chan. Boleh saya panggil awak dengan nama tu?” Yakumo bertanya.

“Mestilah boleh,” Tohru mengangguk sambil tergelak kecil. Yakumo yang melihat wajah Tohru ketika tersenyum itu memeluknya erat.

“Awak ni comel betullah, Tohru,” kata Yakumo dengan gembira. Dia melepaskan pelukannya lalu mencubit pipi Tohru yang gebu itu.

“Adoi! Co-comel? Ma-mana ada lar. Saya mana ada comel,” balas Tohru sambil mengusap pipinya yang terasa sedikit perit. Wajahnya mula merona merah.

“Taklah. Awak memang comel pun. Dah la putih. Pastu ada lesung pipit yang comel kat pipi awak yang gebu ni. Rasanya mesti suatu hari nanti ada orang dari syarikat agensi permodelan akan cari awak untuk dijadikan model syarikat dorang,” gurau Yakumo.

“Mana adalah. Merepek jelah awak ni. Saya tak cukup tinggi untuk menjadi seorang model. Haha! Oh ya! Saya patut panggil awak apa ya? Yakumo atau Kinokawa?” tanya Tohru sambil tersengih.

“Panggil jer Yakumo. Ala. Anggap jer kita ni kawan baik okey?” kata Yakumo sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada Tohru. Kelakuannya membuahkan ketawa Tohru walaupun perlahan.

“Maaf ganggu awak berdua bersembang. Hai, Azayaka! Nama saya Kamisaka Haruhi. Panggil Haruhi sahaja. Selamat berkenalan,” kata salah seorang pelajar perempuan kelasnya yang kecil comel.

* Kamisaka Haruhi *

“Hai, Haruhi-chan. Panggil saya Tohru sudah la. Selamat berkenalan. Marilah duduk di sini,” Tohru mengajak.

“Boleh saya join sekali tak? Nama saya Kunimitsu Shoko. Selamat berkenalan,” kata pelajar perempuan yang berambut biru gelap tersebut.

“Selamat berkenalan, Shoko. Duduklah,” balas Tohru sambil mempelawa Shoko duduk. Dia menurut kata Tohru. Mereka bersembang dan saling bertanya tentang diri masing-masing sambil ketawa dengan cerita masing-masing.

“Wah, mesra nampak,”tegur seorang lelaki sambil menjeling ke arah Shoko.

“Apasal? Jealous ke?” balas Shoko agak kasar.

“Jealous? Oh, please la! Buat apa I nak jealous? Buang masa jer,” balas lelaki itu.

“Dah tu. Gi lah main jauh-jauh. Menyemak jer kat sini. Oksigen kat sini makin berkurang sebab ko datang tau!” kata Shoko kasar. Lelaki itu mahu pergi meninggalkan Shoko dan rakan-rakannya. Namun, Tohru menghalang.

“Eh! Nantilah dulu. Jangan pergi lagi. Emm, apa nama awak?”

“Nama? Nama saya Yamamoto Takashi. Panggil Takashi jer,” kata Takashi sambil menghulurkan salam. Tohru menyambutnya. Shoko menjeling tajam ke arah Takashi. Tohru perasan akan jelingan Shoko yang tajam itu.

“Jadi, adakah awak berdua ni couple?” tanya Tohru sebaik sahaja Takashi melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Shoko. Mereka memandang Tohru tepat.

“Janganlah pandang saya macam tu. Macam nak telan jer tengok,” seloroh Tohru. Yakumo dan Haruhi ketawa. Tetapi, Takashi dan Shoko hanya berdiam diri.

“Lah! Korang dah kenapa? Diam jer. Dah la soalan Tohru tadi korang tak jawab. Korang nak aku tolong jawab ke?” Yakumo bertanya sambi tersengih penuh makna.

“Jadi, betullah apa yang saya tanya tadi?” Tohru bertanya kepada Yakumo. Yakumo menganggukkan kepalanya.

“Tapi, dorang ni tak macam pasangan yang lain. Dorang ni suka gaduh. Tapi, dorang nilah pasangan yang paling sweet kat kolej ni. Hahaha.” gurauan Yakumo membuahkan senyuman di bibir Takashi dan Shoko.

“Tengok! Kan dah senyum,” kata Yakumo lagi. Tohru dan Haruhi melihat ke arah Takashi dan Shoko yang tersipu-sipu malu.

“Ala. Orang couple kalau tengok dia punya couple rapat ngan orang lain mestilah jealous even orang tu cuma kawan dia je. Kan Tohru?” kata Yakumo. Tohru dan Haruhi ketawa dengan kata-kata Yakumo. Manakala wajah Takashi dan Shoko menjadi semakin merah menahan malu.

- cemburu tandanya sayang -

Labels:

Pertemuan - Part 5 @

"Jaga diri atuk baik-baik ye. Nanti bila Tohru ada masa lapang Tohru akan datang melawat atuk. Minta diri. Mak Cik dan Pak Cik pun sama ye. Abang Shibuya dan Keiko pun.” Tohru berkata sopan sambil menundukkan kepalanya sedikit meminta diri.

“Ya. Atuk akan jaga diri atuk.” Kirishima berkata sambil tersenyum.

Tohru mengangguk. Kemudian dia menaiki kereta yang dibawa oleh Dean. Dean menutup pintu kereta. Dia menundukkan kepalanya sebelum melangkah masuk ke dalam kereta dan bergerak ke lapangan terbang untuk pulang ke Tokyo.


++++++++++


“Wakairi nasai, Tohru Oujosama *oujosama maksudnya puteri*. Saya Domoto Isogai. Oujosama boleh panggil saya Isogai,” kata Isogai, ketua pembantu rumah Azayaka sambil menunduk hormat. Tohru membalas tundukannya.

“Ta..tad..tadaema,” tergagap-gagap Tohru berkata. Dia gugup. Ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke dalam rumah yang bagaikan istana ini. Luarannya seperti rumah moden British. Dia terpegun dengan hiasan dalaman yang begitu mewah dan tersusun rapi. Malah, sangat bersih.

“Oujosama, mari saya tunjukkan bilik,” kata Isogai sopan. Tohru mengangguk. Isogai mengambil beg Tohru lalu membawanya menuju ke bilik Tohru.

Keadaan di dalam rumah Azayaka agak lengang. Tohru berasa pelik kerana rumah yang begitu besar bagaikan istana tetapi penghuninya tidak ramai.

“Umm..Isogai-san. Boleh saya tanya sesuatu?” ujar Tohru ketika mereka sedang menaiki tangga. Isogai menoleh.

“Ya. Oujo *maksud Puteri jugak* boleh tanya apa sahaja pada saya. Kalau soalan tu saya boleh jawab saya jawab. Kalau tak saya akan berusaha mencari jawapannya,” Isogai berkata sambil tersenyum.

“Umm..Mana semua orang? Maksud saya ibu bapa saya, dan abang-abang saya.” Tohru bertanya.

“Maafkan saya kerana terlupa nak beritahu Oujo tadi. Tuan dan Puan Azayaka berada di Los Angeles. Mereka ada hal di sana. Lebih tepat lagi mereka tinggal di sana buat sementara waktu sekarang. Junni-Ouji dan Junnichi-Ouji *ouji maksudnya putera* pula ada di kolej kerana ada perjumpaan persatuan. Shinichi-Ouji ada kes yang perlu disiasat di Osaka bersama rakan setugasnya, Heiji-sama. Kuroo-Ouji juga berada di kolej kerana ada latihan bola tampar. Seshoumaru-Ouji sedang bekerja di hospital dan Inuyasha-Ouji pula bekerja di Pejabat Polis Tokyo. Mereka akan pulang sebelum minum nanti,” terang Isogai seraya membuka pintu bilik Tohru. Tohru memasuki bilik barunya. Sekali lagi dia terpegun dengan kemewahan bilik tersebut. Biliknya sekarang tiga kali lebih luas berbanding biliknya sebelum ini.

“Oujo mandilah dulu. Air panas telah disediakan. Selepas mandi boleh turun minum petang bersama-sama Putera sekalian,” kata Isogai. Kemudian dia menundukkan kepalanya meminta diri. Tohru mengangguk. Dia meletakkan beg kecil yang disandangnya ke atas katil lantas menghempaskan badannya ke atas katil tersebut. Badannya terasa penat sekali. Pelbagai perkara yang terjadi hari ni. Kenyataan dia seorang puteri dan macam-macam lagi. Tohru menutupkan matanya. Wajah Kyo muncul. Kyo, rindunya kat awak. Detik hati Tohru. Matanya mula terasa panas. Lantas dia bangun dari pembaringannya dan pergi membersihkan dirinya.


++++++++++


“COMELNYA dia nie!!!” ujar seorang lelaki yang berambut prussian blue sebaik sahaja ternampak Tohru. Dia memeluk Tohru seerat-eratnya. Tohru hampir sesak nafas disebabkan kelakuannya.

“Hei, lepaskan dia Junni! Siapa beri kebenaran kau peluk dia, hah?” Seorang lagi lelaki yang hitam rambutnya berkata kasar. Rambutnya sebelah kanan menutupi sedikit mata kanannya. Dia menarik Tohru rapat dengannya. Tangannya memeluk bahu Tohru. Sedikit perasaan tidak selesa terbit dari hati Tohru. Mukanya merah menahan malu. Tak pernah lagi ada lelaki yang berbuat begitu padanya sebelum ini.

“She's mine. Don't try to touch her again,” lelaki tersebut memberi amaran.

PAP!

Kepala lelaki itu diketuk dengan gulungan kertas yang bersaiz A3. Kertas tu agak keras, jadi bunyinya kedengaran jelas sekali.

“Apa maksud kau ‘she's mine’, hah?” soal seorang lagi lelaki yang berambut sedikit panjang berwarna hitam dengan nada yang agak keras. Di tangannya terdapat gulungan kertas yang menjadi senjata untuk memukul kepala lelaki tadi.

“Lepaskan dia sekarang,” lelaki tersebut mengarah. Lelaki yang berambut hitam itu menurutinya. Lelaki berambut hitam panjang itu kemudiannya memalingkan wajahnya ke arah Tohru. Dia tersenyum melihat adik perempuannya yang telah lama terpisah dari mereka.

“Nama saya Azayaka Inuyasha. Saya adalah Ouji yang kedua, Ash. Umur abang 35 tahun dan abang merupakan Ketua Polis di Balai Polis Tokyo,” lelaki tersebut memperkenalkan dirinya tanpa dipinta. Dia menghulurkan salam pada Tohru.

#Ash#

“Um..Err.. Saya Honda Tohru. Umur 19 tahun dan sedang belajar di Kolej Kaibara di Kyoto,” balas Tohru gagap sambil menyambut salam Ash. Mereka yang berada di sekelilingnya tersenyum sahaja.

"Tohru, kamu mesti tak selesa dengan kemesraan Junni dan Kuroo tadi kan. Maafkan mereka ya?" ujar Ash lagi. Tohru hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

“Tohru, mulai sekarang, nama keluarga awak bukan lagi ‘Honda’ tau tetapi Azayaka. Selamat datang ke keluarga Azayaka, anak Azayaka Yusaku yang keenam, Azayaka Tohru,” kata lelaki yang rambutnya berwarna kelabu kehitaman sambil mengusap kepala Tohru dengan lembut.

“You forgot to tell about yourself, brother,” tegur Ash.

“Oh! Terlupa pulak. Nama abang, Seshoumaru. I'm the first Prince. Call me Esh. Hehe. Umur 37. kerja sebagai doktor pakar bedah di hospital milik keluarga kita, Hospital Azayaka,” Esh berkata sambil membetulkan letak cermin matanya.

#Esh#

“Abang pulak Shii-Ouji. Nama penuh abang Shinichi. Umur 28 tahun dan bekerja sebagai detektif di Pejabat Persendirian Azayaka. Saya juga seorang yang terkenal dalam kalangan orang pompuan. Hihihi…” Shinichi tersengih sambil tangannya mengosok-gosokkan dagu.

PAP!

Satu pukulan hinggap di kepala Shinichi.

“Ouch!! Sakit ar. Apa tetiba pukul kepala orang nie?” Shinichi marah.

“Nape tetiba pukul? Eh! Kau tu dah ada tunang. Nak kahwin dalam bape bulan je lagi. Berani cakap macam tu.”

“Suka ati orang ar. Dah betul orang hot. Hahaha!” Shii masih nak melawan walaupun kepalanya telah menjadi mangsa pukulan Ash.

# Shii/Shinichi #

“Dah. Dah. Jangan gaduh-gaduh lagi. Kang tak pepasal kepala korang jadi ‘mangsa’ tangan abang. Kuroo giliran kamu perkenalkan diri.” Kata Esh.

“Nama saya, Kuroo. Umur 24 tahun dan masih belajar di Kolej Ouran, Tokyo di tahun akhir dalam bidang Art. Aktif dalam sukan bola tampar dan pernah mewakili sekolah untuk ke peringkat negara. Sekarang abang juga bekerja sambilan sebagai model di syarikat Nichiuri. Mungkin adik pernah nampak muka abang yang hensem nie kat T.V. atau majalah kan?” kata lelaki yang berambut hitam yang rambut sebelah kanannya menutupi mata kanannya sedikit tadi tu sambil tersengih. Tohru hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

# Kuroo#

“Maaflah. Tapi, Tohru tak pernah nampak muka abang sebelum nie. Inilah kali pertama Tohru nampak muka abang,” jawab Tohru jujur. Kuroo kecewa. Junni ketawa terbahak-bahak manakala Junnichi tersenyum sinis dengan kata-kata Tohru. Kuroo menjeling mereka tajam.

“Baiklah. Giliran kami pula. Nama saya Junni. Ini adik kembar saya, Junnichi. Kami berumur 20 tahun. Kami merupakan pelajar kolej Ouran, Tokyo. Cara untuk membezakan kami ialah, saya, Junni, rambut terbelah di sebelah kiri. Manakala Junnichi, rambut dia terbelah di sebelah kanan,” ujar Junni, si lelaki yang berambut pressian blue itu. Junnichi kelihatan seperti seorang yang pendiam. Tohru masih tidak mendengar suaranya lagi dari tadi. Tapi dia tidak menyoal apa-apa kerana mungkin Junnichi lebih selesa begitu.

# Junnichi, Junni #

“Oh ya! Apa kata kalau adik pun pindah ke Kolej Ouran juga. Kalau adik terus belajar kat Kolej Kaibara tu, susahla. Kolej tu kat Kyoto. Jauh dari umah kita,” cadang Junni. Tohru diam. Dia melihat ke arah abang-abangnya. Mereka hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan Junni sebentar tadi.

Tohru rasa bersalah. Dia tidak sampai hati untuk berpisah dengan Kyo. Tapi... Tak! Dia tak kisah kerana terpaksa berpisah dengan Kyo tapi dia tak sanggup untuk berjauhan darinya. Dia kena juga berjauhan dengan Kyo supaya Kyo tidak terluka lagi. Dah alang-alang sekarang tengah cuti summer di sana, mereka tidak lagi berjumpa. Kini telah hampir dua minggu mereka tidak berjumpa. Apa khabar Kyo agaknya ya. Sudah sedarkan dia? Sihatkah dia. Hatinya bermonolog.

“Tohru, kenapa nie? Tohru tak sihat ke? Tak pun, Tohru tak sampai hati nak berpindah kolej?” tanya Shii yang seolah-olah dapat membaca isi hati Tohru.

“Eh! Tak. Tak de ar. Tadi Tohru tengah pikir, boleh tahan juga idea abang Junni tu. Tohru gi belajar kat Kolej Ouran jer la. Lagi pun sekarang sedang cuti summer, mudah sikit proses penukaran kolej.” Tohru berkata sambil menguntumkan sedikit senyuman kepada Shii. Shii hanya mengangguk.

“Baguslah kalau cam tu. Nanti siapkan dokumen-dokumen yang diperlukan, lepas tu boleh inform driver kita, nanti dia bawakkan kamu ke kolej Kaibara untuk selesaikan pemindahan kolej tu” balas Shii.

“Baiklah. E-Eh!~ Kita ada driver ke?” Tohru menjerit kecil. Dia terkejut dengan penyataan Shii.

“Ye. Kita ada driver, Tohru sayang,” kata Shii lagi sambil mencuit dagu Tohru. Dia tergelak kecil melihat reaksi Tohru. Kekok barangkali.

“Oh ye ke.” Tohru mengangguk. 'Betul la. Aku kan puteri. Mesti la ada je driver semua tu. Apalah'

“Lagi dua minggu dah mula semester baru. Kita pergi sama-sama ye?” kata Kuroo kepada Tohru. Tohru hanya mengangguk sambil matanya melirik ke arah televisyen. Rancangan ‘Penyiasatan Hebat Sherlock Holmes’, Rancangan kegemaran Shii agaknya. Mata Shii terus tertumpu pada kaca television.

"Oh ya sebelum terlupa. Nanti selepas makan malam, kita video call dengan Otousama *ayah* dan Okaasama *ibu* ye. Mereka nak tengok kita semua." Esh selaku anak sulong keluarga Azayaka menyampaikan. Masing-masing mengangguk faham. Sanji, tukang masak mereka membawakan sajian minum petang mereka.

- Ingin melupakan cinta lama, kenalah menjauhkan diri daripadanya -

Labels:

Pertemuan - Part 4 @ Thursday, April 5, 2012

# Dean #

"Sumimasen. Adakah ini kediaman Honda?” tanya seorang lelaki kepada Tohru ketika mereka berada di hadapan rumah Honda. Lelaki tersebut kelihatan seperti seorang bangsa asing. Tetapi Bahasa Jepunnya agak fasih. Mungkin dah lama tinggal di Jepun. Dia berpakaian kemas, bersuit. Sekali pandang seperti seorang yang berjawatan tinggi.

“Ya. Ini kediaman Honda. Boleh saya tahu awak siapa? Awak nak cari siapa ye?” Tohru bertanya sopan. Lelaki yang lengkap berpakaian formal tersebut tersenyum.

“Saya Dean Alfelleous. Boleh panggil saya Dean. Saya nak cari Tuan Honda Kirishima. Dia ada?” Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya. Dia menghulurkan salam dan Tohru menyambut.

“Oh! Awak cari atuk rupanya. Jemput la masuk. Atuk ada kat dalam.” Tohru mempelawa. Lelaki tersebut seakan-akan terkejut setelah mendengar perkataan 'atuk' meluncur keluar dari bibir Tohru.

“Maaf bertanya, nama awak siapa ye?” soal Dean sambil menanggalkan kasutnya ketika memasuki rumah Tohru. Dia mengenakan selipar tetamu yang diletakkan Tohru di hadapannya.

“Saya Tohru. Honda Tohru” Tohru menundukkan kepalanya sedikit. Dia mengukir senyuman kepada Dean. "Awak tunggu kat sini dulu ye? Saya panggilkan atuk," ujar Tohru sambil menunjukkan ruang tamu kepada Dean. Kemudian dia beredar ke bilik atuknya. Dean mengangguk sambil tersenyum nipis. Dia memerhati Tohru sehingga hilang dari pandangannya. 'Nampaknya Tn. Kirishima masih tidak memberitahu perkara sebenar kepadanya.' bisik hati kecilnya.

++++++++++++++++++++

“ATUK, ada tetamu nak jumpa atuk. Dia tunggu atuk kat ruang makan. Nama dia Dean,” tanpa dipinta Tohru memberitahu datuknya. Datuknya hanya mengangguk. Mereka berdua keluar dari bilik menuju ke ruang makan. ‘Nampaknya dah tiba masanya mereka membawa Tohru pergi.’ bisik hati kecil Kirishima.

“Maaf buat awak menunggu, En. Dean.” Ujar datuk Tohru kepada Dean sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang makan. Tohru beredar untuk menyediakan air dan sedikit makanan buat mereka. Dean memerhati tingkah laku Tohru.

“Tak pe. Saya pun baru je sampai.” Dean membalas sopan sambil tersenyum. Dia merenung mata atuk Tohru. Dia menganggukkan kepalanya tanda faham.

“Sila minum,”Tohru mempelawa sambil meletakkan makanan dan minuman di atas meja. Dia baru hendak berlalu namun atuknya memanggil.

“Tohru, kamu pun duduk sekali di sini. Ada perkara penting yang kamu perlu tahu,” ujar atuknya apabila melihat Tohru yang mahu beredar. Tohru akur. Dia duduk di sebelah atuknya, berhadapan dengan Dean. Wajahnya tidak membayangkan apa-apa syak.

++++++++++++++++++++

Keadaan di ruang makan tersebut sunyi sepi. Dean memerhati riak wajah Tohru yang dari tadi seperti tiada perasaan. Tohru kemudian menarik nafas dalam-dalam.

“Betul ke ni? Saya hanya anak angkat mak je? Malah saya ialah anak seorang detektif terkenal, Kudo Yusaku? Tapi nama keluarga kami yang sebenar adalah Azayaka kerana kami golongan diraja?” soal Tohru bertubi-tubi. Dia tidak dapat percaya bahawa dia sebenarnya adalah anak angkat kepada Kyoko dan Katsuya Honda. Tambahan pula dia merupakan anak kepada lelaki yang sangat terkenal di mata dunia. What a joke?! Dia memegang kepalanya yang terasa berdenyut.

“Ya, kamu ialah seorang puteri. Puteri Azayaka Tohru. Apa yang dikatakan Dean semuanya betul. Atas sebab-sebab tertentu, kamu diberikan kepada Katsuya dan Kyoko untuk dijaga. Beberapa orang abang kamu jugak turut dihantar ke keluarga yang berlainan. Tetapi hanya abang kamu yang ketiga sahaja yang berada bersama-sama ibu bapa kandung kamu dan mereka menggunakan nama Kudo untuk menembunyikan identiti diraja kamu. Tapi, apa yang dilakukan adalah untuk melatih kamu semua supaya boleh hidup berdikari sejak kecil dan setelah sampai masanya, kamu perlu kembali ke keluarga sebenar kamu. Perkara sebenar selebihnya, atuk rasa kamu akan mengetahuinya nanti.” jelas datuknya. Dia cuba meyakinkan Tohru dengan apa yang dikatakan oleh Dean.

“Atuk tahu sebelum ni. Tapi kenapa atuk tak memberitahu Tohru hal yang sebenar sebelum ni?” Tohru bertanya. Dia sudah mulai sebak. Matanya berair. Tiba-tiba wajah Kyoko dan Katsuya bermain di mindanya. Kemudian diganti dengan wajah Kyo. Perasaan rindunya pada lelaki itu terbit kembali.

“Atuk dah berjanji dengan Katsuya dan Yusaku yang atuk takkan bagitau perkara sebenar sehinggalah tiba masanya. Dan sekarang adalah masanya. Maafkan atuk, Tohru. Tapi atuk harap kamu faham," ujar datuknya lembut. Tohru hanya diam.

“Sebenarnya setiap putera dan puteri keluarga Azayaka perlu tinggal di rumah rakyat biasa untuk membiasakan diri mereka sebagai rakyat biasa. Nanti tiadalah berlaku ketidakadilan sesama rakyat. Lagi pun memang Putera Esh dah melarang kami dari memberitahu Puteri tentang hal ni sehinggalah Puteri berusia 19 tahun.” jelas Dean lagi.

Tohru semakin bingung. Aku puteri? Dihantar untuk menjadi rakyat biasa? Tiba-tiba dia teringat nama yang disebut Dean sebentar tadi.

“Putera Esh? Siapa dia?” tanya Tohru.

“Oh! Maafkan saya. Putera Esh ialah Putera yang pertama, iaitu abang kandung Puteri. Selain Putera Esh, Puteri ada lagi lima orang abang. Puteri adalah anak yang bongsu. ” Terang Dean. Tohru diam. Dia terlalu terkejut dengan berita yang baru didengarnya tadi. ‘Aku seorang Puteri?’ Dia menggeleng perlahan.

“Tetapi, walaupun keluarga Puteri adalah kerabat diraja, namun, keluarga Puteri sebenarnya menghadapi sedikit masalah." Tohru sedikit terkejut dengan kata-kata Dean. "Masalah apa pulak tu?" dia menyoal. Dah la tetiba cakap aku ni kerabat diraja. Lepas tu ada masalah pulak. Apa ni?

"Tentang tu, saya rasa saya bukan la orang yang sesuai untuk menceritakannya. Namun Puteri boleh tanyakan perkara tu pada ahli keluarga Puteri yang lain. Jadi, boleh tak kalau Puteri mengemaskan segala pakaian puteri? Bapa Puteri meminta Puteri pulang sebaik sahaja mendapat tahu berita ni.” Dean mengarah lembut. Tohru terpaksa akur. Berat hati dia nak tinggalkan datuknya. Dia hanya mampu melihat datuknya dengan pandangan yang sedih.

Labels:

Pertemuan - Part 3 @ Tuesday, April 3, 2012
# shigure, hatori, ayame #

“TADAIMA! Kyo! Kau ada di rumah ke?” laung Shigure sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumahnya.

“Okaeri. Ada kat dapur ni. Tak perlu nak jerit sampai macam tu.” Kyo membalas dari dapur. Kemudian Shigure memasuki dapur. Sebaik sahaja masuk, dia terkejut kecil. Acano tu terkejut kecik? :p

“Oh, Tohru! Awak pun ada kat sini gak ke? Apa yang awak buat kat sini?” Ujar Shigure apabila ternampak Tohru juga berada di dapur bersama-sama Kyo. Tohru tersenyum. Mereka pernah tinggal serumah ketika dia masih bersekolah tinggi kerana hal keluarga Tohru dan dia membalas budi mereka dengan menjadi suri rumah mereka, mengemas dan memasak untuk mereka.

“Tadi selepas tamat kuliah Kyo minta saya tolong ajar dia buat penkek” Tohru memberi penjelasan.

“Penkek? Kenapa pula Kyo suruh awak ajar? Setahu saya dia tak suka makanan yang manis-manis.” Shigure bertanya lagi. Matanya terkebil-kebil merenung Kyo. Pelik! Kemudian dia tersenyum faham.

“Hari tu saya pernah bagi penkek untuk kawan-kawan satu kelas. Kyo pun saya bagi. Lepas tu, Kyo kata sedap. Dia suruh saya ajarnya.” Kata Tohru panjang lebar sambil tangannya membalikkan penkek di atas kuali. Shigure mengangguk. Dia tersenyum senang. Kalau dah bercinta tu yang tak suka pun boleh jadi suka.

“Baguslah. Jadi, tak payahlah saya nak suruh Kyo gi carik awak.” Shigure bersuara selepas hampir seminit dia diam. Tohru dan Kyo berpaling serentak. Masing-masing membuat muka tanda tanya.

“Cari saya? Kenapa pulak?” tangannya mengangkat penkek yang telah siap lalu diletakkan ke atas pinggan. Tohru memandangnya tepat.

“Akito nak jumpa kamu berdua,” jelas Shigure.

“Jumpa kami? Kenapa?” Kyo bertanya. Suaranya agak tenang. Tapi tidak hatinya.

“Ntahlah. Tapi nampaknya dia dah tahu yang kamu berdua ni tengah bercinta.” Shigure membalas. Mendengarkan perkara tersebut, membuatkan Kyo bertambah gelisah. Dia mulai risau akan keselamatan Tohru. Risau jika Akito mengapa-apakan perempuan yang dicintainya itu. Sebelum ini juga Akito penah lakukan sesuatu yang kejam terhadap Kana, tunang sepupunya, Hatori. Tohru memerhati gelagat Kyo yang terdiam.

“Kyo, kenapa nie? Muka awak nampak pucat jer.” Tohru bertanya lembut. Risau melihat Kyo yang kelihatan dalam ketakutan.

“Nothing. Shigure, bila dia nak jumpa kami?” Kyo berpaling semula kepada Shigure.

“Emm. As soon as possible. Hujung minggu ni kamu berdua pergi la. I would like to go there too.” Kyo dan Tohru mengangguk faham.

"Jangan la Akito mengapa-apakan Tohru. Aku taknak kehilangannya" bisik hati Kyo

++++++++++++++++++++

# akito #

SEBAIK sahaja tiba di Main House (Rumah Utama), Kyo, Tohru dan Shigure di bawa ke bilik Akito. Hatori telah sedia menunggu mereka di luar bilik Akito. Kyo yang tidak pernah menjejakkan kakinya ke kawasan itu, memerhati keadaan sekeliling yang agak suram. Dia yang lahir pada Tahun Kucing, selalu dipinggirkan. Dia tidak kisah semua tu sekarang. Apa yang dikisahkan adalah keselamatan Tohru. Hatinya berdoa agar segalanya akan berjalan dengan lancar.

"Dia dah menunggu di dalam. Kamu berdua masukla," ujar Hatori. Kyo dan Tohru mengangguk. Mereka memasuki bilik Akito. Shigure dan Hatori menunggu di luar bilik. Hati mereka turut berharap agar tidak berlaku perkara yang tak elok kepada Kyo dan Tohru kerana mereka orang yang baik, terutama sekali Tohru.

Kyo dan Tohru duduk di hadapan Akito. Akito masih tidak memulakan bicara. Dia berjalan mundar-mandir di dalam biliknya itu. Tangannya diletakkan di belakangnya. Wajahnya kelihatan agak bengis ketika itu. Kyo ketakutan.

“Jadi, kau dan perempuan ni bercinta ye?” kata Akito sambil membelakangkan Kyo dan Tohru setelah lama dia mendiamkan diri. Kyo  hanya diam. Dia memerhati Tohru yang berada di sisinya. Kemudian, dengan beraninya dia mengangkat muka melihat Akito yang masih membelakangkan mereka.

“Ya. Kami memang sedang bercinta dan memandangkan kau dah tahu tentang nie, jadi aku nak minta izin untuk berkahwin dengannya.” Kyo bersuara. Dia tahu Akito pasti tidak akan membenarkannya. Tapi dia tetap akan berkahwin juga dengan Tohru. Akito hanya diam. Hatinya mula panas.

"Kau mintak izin aku untuk berkahwin dengan perempuan ni?" Setelah diam beberapa minit Akito bertanya.

"Kau ingat kau layak ke untuk bahagia? Kau ingat kau layak ke??" Suara Akito mulai meninggi. Dia memandang Tohru.

"Kau puncanya tahu tak? Kau, perempuan hodoh, kau puncanya mereka mula tak patuh pada aku. Kau puncanya, mereka mula nak jauhkan diri dari aku! Kau ingat aku nak benarkan kau berkahwin ke, kucing bodoh!" dada Akitoo turun naik. Dia meninggikan suaranya kepada Kyo dan Tohru.

"Akito, saya memang sangat sayangkan Kyo. Jadi saya juga ingin meminta kebenaran dari awak untuk berkahwin dengannya," kata Tohru dengna lembut, dia menundukkan kepalanya seolah-olah ingin merayu kepada Akito. Akito semakin berang.

"Jangan mimpi la aku nak bagi korang berdua kahwin. Jangan mimpi la kau nak hidup bahagia dari aku!" Akito makin tak keruan memandang Kyo dan Tohru. Dada Kyo berombak kuat. Dia semakin risau akan keselamatan Tohru. Akito bergegas ke penjugu biliknya lalu dia mencapai sebiji pasu sederhana besar lalu membalingnya ke arah Tohru.

PRANG!!

Tanpa disangka-sangka pasu tersebut mengenai tepat pada kepala Kyo. “Aku takkan benarkan kau berdua berkahwin! Takkan sesekali! Kau tahu aku tak suka orang yang lebih bahagia daripada diri aku! Aku takkan benarkan!! Aku takkan benarkan!!!” Akito meradang. Malangnya Kyo tidak mendengar apa yang dikatakannya tadi. Kyo sudah tidak sedarkan diri. Melihatkan Kyo terbaring bersama lumuran darah di kepalanya, Tohru tergamam.

"Akito!" Shigure dan Hatori segera memasuki bilik Akito setelah mereka mendengar jeritannya berserta bunyi kaca pecah.

"Kyo!!" serentak Shigure dan Hatori berkata. Terkejut! Kyo sudah terlentang. Kepalanya berdarah teruk.

"Hatori! Ambulance! Dan bawa Tohru keluar dari bilik ni cepat," Shigure mengarah. Dia menghalang Akito dari menerkam Tohru. Tohru trauma. Dia tak dapat berdiri dengan baik. Lututnya menggigil. Kyo akhirnya dihantar ke hospital.

++++++++++++++++++++


"Semua salah aku. Salah aku. Kyo cedera sebab aku. Semua salah aku. Kyo, maafkan saya. Maafkan saya. Maaf. Maaf," Tohru masih menggigil. Dia menyalahkan dirinya tentang apa yang berlaku sebentar tadi. Kyo cedera parah di kepala kerana cuba menyelamatkannya dari terkena pasu yang dibaling oleh Akito tadi.

“Aku nak kau berpisah dengan Kyo. Aku benci kau! Kenapalah dalam banyak-banyak pompuan, kau jugak yang Kyo pilih? Dah lah muka hodoh. Lembab, miskin pulak tu.” Perlahan suara Akito. Tapi suara agak sinis. Tohru hanya mampu diam. Matanya sembam akibat terlampau banyak menangis. Dia berfikir sejenak. Kemudian dia berdiri berhadapan dengan Akito. Matanya bertentang mata Akito. Tohru menarik nafas perlahan.

“Saya akan berpisah dengan Kyo. Tapi, satu je yang saya mintak. Jangan cederakan dia lagi.” Tohru berkata sayu. Matanya memandang tepat ke arah Akito. Dia lebih sanggup tinggalkan Kyo daripada Kyo terus terluka disebabkannya. Dia pasrah.

"Hatori! Aku nak kau padam ingatan perempuan ni tentang keluarga Sohma. Aku nak kau padam semua ingatan dia tentang Kyo!" Akito menjerit. Dia terus berlalu meninggalkan Hatori dan Tohru. Hatori hanya memerhati. Kemudian dia melihat Tohru yang masih menunduk.

"Hatori, saya ada satu permintaan." Tohru memandang Hatori. Wajahnya kelihatan sedih sekali.

- Percintaan memerlukan pengorbanan -

Labels:

Pertemuan - Part 2 @

"Maaf, saya dah ada orang yang saya suka,” kata Tohru sambil menghulur kembali anak patung putih berbentuk tikus yang diberi oleh Yuki tiga hari lepas. Yuki terkejut. Dia tidak menyangka ada perempuan yang akan menolaknya. Walhal, dia ialah lelaki yang paling kacak di kolej tersebut.

“Siapa dia? Kyo kan maksud awak?” Yuki memandang tepat wajah Tohru. Suaranya agak sinis. Suaranya bagaikan sedang menahan marah. Tohru hanya menundukkan kepalanya. Dia mengangguk perlahan. Yuki bengang. Namun, dicubanya mengawal daripada memarahi Tohru.

“Kenapa mesti dia? Kenapa mesti orang tak guna tu yang awak suka. Kenapa mesti kucing bodoh tu? Kan saya orang yang awak jumpa dulu. Awak kenal saya dulu. Kenapa mesti dia yang awak pilih? Kenapa?” Yuki bertanya bertalu-talu. Tohru hanya mendiamkan dirinya. Dia memejamkan matanya. Tak pernah lagi dia melihat amarah Yuki selama mereka kenal. Yuki bertambah berang apabila Tohru tidak menjawab pertanyaannya. Lantas dia menolak Tohru ke dinding dan mendepakan kedua-dua belah tangannya melintasi muka Tohru lalu melabuhkan tapaknya ke dinding. Wajahnya semakin lama semakin dekat dengan Tohru.

"Lepaskan saya, Yuki!" Tohru cuba menolaknya sekuat hati, tetapi dia terlalu lemah untuk menolak seorang lelaki di hadapannya itu. Yuki buat tak dengar dengan kata-kata Tohru yang minta dilepaskan. Dia mendongakkan sedikit wajah Tohru menghadap wajahnya.

"Kalau awak tak nak terima saya, at least let me kiss you," sinis saja suara Yuki. Tohru makin kuat menolaknya. Matanya bergenang. Tidak disangkanya, Yuki yang selama ini baik, sanggup berbuat demikian kepadanya. Apa yang dah jadi pada Yuki sebenarnya? Detik hatinya.

"Please! Let me go, Yuki!" rintihnya. Namun, Yuki masih tetap dengan hasratnya itu. Bibirnya semakin dekat dengan bibir Tohru.

DUSHH!!!

Belum sempat Yuki menghabiskan hasratnya, mukanya ditumbuk oleh seseorang. Dia terjelopok

“Apa yang kau nak cuba buat pada Tohru, hah?” bagai halilintar suara Kyo pada ketika itu. Dilihatnya muka Yuki seperti singa mahu menerkam mangsanya. Bengis sekali. Kyo menarik Tohru dekat dengannya, cuba untuk melindungi perempuan yang dicintainya itu.

Kemudian, dengan selambanya Yuki berdiri sambil menepuk-nepuk debu-debu kotoran yang melekat pada bajunya.

“Kau tak payahlah nak tunjuk hero. Aku tau kau saja nak tumbuk aku sebab nak tunjuk yang kau ni baik kan? Tak payah la. Kau tu bukannya baik sangat pun.” Sambil tersenyum sinis Yuki berkata. Kyo makin hangin.

“Jaga mulut kau tu, tikus tak guna.” Kyo menarik kolar baju Yuki dan dia sudah bersedia untuk menumbuknya sekali lagi. Yuki pun dah bersedia untuk bergaduh. Cepat-cepat Tohru menghalang mereka.

“Kyo, jangan gaduh lagi. Kejap lagi kita ada lagi satu kelas. Nanti prof tanya kenapa pula,” Kyo memandang Tohru. Hatinya menjadi lembut apabila memandang mata Tohru. Kalau Tohru tiada bersamanya, memang dah hinggap lagi satu tumbukan ke muka Yuki tu.

"Dia dah cuba buat yang bukan-bukan pada awak, tapi awak minta saya lepaskan dia?" perlahan suara Kyo. Tapi Tohru tahu dia sedang menahan marahnya. Lembut pandangannya singgah ke wajah Kyo.

"Damare" sepatah saja yang keluar dari mulut Tohru. Dia menggeleng kepala. Matanya merenung dalam mata Kyo. Kyo akur. Dia melepaskan genggamannya dari kolar Yuki.

"Kau bernasib baik hari ni, Yuki," Kyo berkata perlahan. Yuki membetulkan kolar bajunya yang sedikit renyuk. Tali leher yang dipakainya senget. Lantas Tohru bergerak ke arahnya.

“Tali leher awak dah senget. Saya tolong awak betulkannya ya.” Tohru berkata sambil tersenyum manis. Yuki hanya menurut dan diperhatikan oleh Kyo. Hatinya sakit. Namun dia faham. Tohru tak mungkin jadi miliknya kerana dia tahu, sejak awal lagi hati Tohru dimiliki Kyo. Tapi.......

“Baiklah. Dah siap. Yuki, ini adalah kali terakhir saya betulkan tali leher awak. Lepas ni, kalau tali leher awak senget lagi, saya harap akan ada seorang perempuan yang boleh tolong betulkannya untuk awak.” dia berkata lembut. Yuki berdiam diri. Wajahnya kelihatan muram. Namun, riaknya dilindungi dengan senyuman. Kemudian mereka bertiga sama-sama berlalu ke kelas masing-masing.

++++++++++++++++++++

"Aku masih tak faham. Apa yang ada pada Kyo yang aku tak ada? Apa yang ada pada Kyo, yang Tohru langsung taknak terima aku sebagai seseorang yang boleh dianggap lebih dari kawan?"

++++++++++++++++++++

“TOHRU! Maaf sebab saya terlewat. Dah lama ke awak tunggu saya?” Kyo sedikit penat akibat berlari dengan laju kerana dia terlewat bangun pagi itu. Kini dah hampir setahun mereka bercinta. Namun, Yuki masih belum boleh terima kenyataan bahawa dia yang digelar "Prince of College" di kolej mereka tu, boleh kalah dengan sepupunya, Kyo yang terkenal dengan kerana barannya.

“Tak lah. Tak lama pun. Saya pun baru sampai.” kata Tohru sambil mengelap peluh yang keluar dari dahi Kyo. Dia tersenyum manis. Kyo sedikit malu dengan kelakuan Tohru. Mukanya merah. Nasib baik tiada sesiapa yang nampak.

“Ye ke? Dah le. Jom kita gi kelas. Kang lambat tak pasal-pasal kena halau pulak,” Kyo berkata separuh bergurau dengan Tohru sambil menarik tangannya. Tohru menurutinya sambil ketawa kecil.

Dari jauh mereka sedang diperhatikan oleh sepasang mata yang cemburu akan kebahagiaan pasangan yang sedang bercinta itu. Rasa sakit hatinya semakin mendalam setiap kali melihat Kyo dan Tohru bersama.

++++++++++++++++++++

“AKITO, saya ada sesuatu yang nak dicakapkan,” Yuki berkata sambil duduk di hadapan Akito, ketua keluarga Sohma.

“Cakaplah. Saya sedia mendengarnya, Yuki. Lagipun dah lama saya tak jumpa awak.” Akito berkata sambil tersenyum sinis. Tangannya mengusap lembut wajah Yuki. Yuki agak tidak selesa. Namun dia tidak menepis tangan Akito.

“Emmm. Sebenarnya Kyo ngan Tohru, dorang tengah bercinta.” tanpa mukadimah, Yuki memulakan bicara.

“Apa? Jangan nak tipulah. Tak mungkin Kyo akan suka pompuan yang hodoh tu! Dah la hodoh. Miskin pulak tu! Perangai dia pun annoying!” Akito bengang. Matanya seperti mahu keluar laser. Mana boleh ada orang yang hidup lagi bahagia darinya. Tak boleh!!

“Awak tahu saya takkan tipu awak, Akito. Lagipun awak kan ketua keluarga. Dan Kyo memang berani untuk bercinta tanpa minta kebenaran daripada kau, Akito.” Yuki mengiakan berita tersebut. Dalam hatinya seperti mahu ketawa sekuat hati. Tunggu kau Kyo. Kalau Tohru tak boleh jadi milik aku, dia pun tak boleh jadi milik kau!

“Seishhh! Pergi panggil Shigure datang. Aku ada sesuatu yang nak cakap pada dia.” Akito mengarah Yuki. Yuki akur. Dia segera pergi memanggil Shigure yang berada di luar. Hatinya terasa puas. Lepas ni mesti Akito akan arahkan mereka berpisah. Hahahah!

Shigure segera pergi ke bilik Akito sebaik sahaja diberitahu bahawa Akito ingin berjumpa dengannya.

++++++++++++++++++++

“YUKI kata awak nak jumpa saya, Akito. Apa halnya?” tanya Shigure sebaik sahaja memasuki bilik Akito dan duduk di hadapannya.

Sambil tersenyum sinis Akito berkata, “Aku dengar yang Kyo dengan Tohru couple. Betul ke?”
Shigure sedikit tersentak. Namun dia berlagak tenang. “Ya! Betul. Siapa yang beritahu awak pasal ni?” Dalam hatinya mengagak, Yuki. Tapi, tak mungkin la...

“Rasanya tak perlulah aku beritahu awak siapa yang beritahu saya tentang hal ni. Tapi saya nak jumpa mereka hari ni juga. Tolong beritahu mereka. Dah. Kau boleh keluar sekarang. Aku tak perlu kau lagi.” Akito berkata sambil membelakangkan Shigure. Shigure bangun lalu beredar meninggalkan Akito keseorangan. Hatinya risau. Risau akan apa yang Akito akan lakukan pada Kyo dan Tohru. Risau akan Yuki, yang sengaja membuka cerita pada Akito tentang mereka berdua. Ya. Dia tahu Yuki masih menaruh harapan pada Tohru. Tapi dia tidak menyangka bahawa Yuki akan melakukan sesuatu seperti ini. Sesuatu yang mungkin akan membuatkan Tohru rasa kecewa dan bersalah seumur hidup.

- Don't waste time on jealousy. Sometimes you're ahead, sometimes you're behind. -

Labels:

Pertemuan - Part 1 @


Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kelihatan seorang gadis, pelajar kolej Kaibara sedang termenung seorang diri. Memikirkan perkara yang terjadi semalam. Dua orang lelaki meluahkan perasaan mereka pada hari yang sama tetapi masa yang berlainan. Seorang datang melamar dan seorang lagi datang memintanya menjadi teman wanita lelaki tersebut.

++++++++++++++++++++

“Will you be my girlfriend, Tohru?” Sohma Yuki bertanya sambil tangannya menghulurkan anak patung berwarna putih berbentuk tikus. Tohru tergamam. Dia tidak berkata apa-apa. Agak lama dia berdiam diri. Yuki memandangnya. Sedikit kecewa terpamer pada wajahnya. Namun dia tetap memberi anak patung tersebut.

“Saya tahu. Awak mesti terkejut? It's okay, awak simpan dulu anak patung ni. Saya tunggu jawapan awak selepas tiga hari kat sini.” Belum sempat Tohru berkata sesuatu Yuki sudah beredar. Menuruni tangga dari bumbung kolej. Tohru masih berdiri di situ. Tidak bergerak atau bercakap sepatah pun. Tiada apa-apa reaksi yang terpamer di wajah Tohru. Dia hanya memandang anak patung yang diberi Yuki kepadanya. "Maaf Yuki. Hati saya telah dimiliki orang walaupun dia sendiri taktau." Tohru bermonolog.

Tiba-tiba pintu dibuka. Tohru berpaling. Rupa-rupanya, Sohma Kyo, lelaki yang paling disayanginya, lelaki yang berjaya menawan hati Tohru sekian lama. Tohru tersenyum nipis.

Kyo pelik melihat wajah Tohru yang tidak ceria seperti selalu. Lantas dia bertanya “Awak ni kenapa? Muram je tengok. Ada apa-apa masalah ke?”

Tohru menggeleng. “Nothing,” bohong Tohru sambil melemparkan senyuman manis yang dibuat-buat. Kyo hanya memerhati sahaja. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan gadis manis itu. Tetapi dia hanya mendiamkan diri. Dia memang mencari-cari Tohru dari tadi lagi. Setelah diberitahu oleh Shiriko bahawa Tohru berada di bumbung bangunan akademik, dia bergegas ke situ. Tujuannya adalah kerana Kyo ingin meluahkan perasaannya yang telah lama dipendam.

“Err..Tohru. Saya nak cakap sesuatu dengan awak boleh?” Kyo berkata sedikit gagap. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tohru pelik. Hari ini Kyo begitu sopan dengannya. Namun, dia mengangguk juga.

“Sebenarnya.. Em.. bila saya tengok awak.. jantung saya selalu berdegup kencang. Tangan saya pula.. selalu berpeluh dan.. Emmm.. Saya selalu memikirkan awak aje” Dia berhenti sekejap, memandang muka Tohru. Mukanya mula merona merah. Malu barangkali. Kemudian dia menyambung semula.

“Saya rasa.. saya sukakan awak,Tohru. Ummm. So, will... will.. will you... marry me?” Tohru terkejut dengan pengakuan Kyo. Tidak disangkanya lelaki yang telah memiliki hatinya juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya. Mukanya merah dan jantungnya berdegup pantas. Berbeza dengan apa yang dialaminya ketika bersama dengan Yuki sebentar tadi.

Namun, Tohru masih diam. Kyo perasan anak patung yang dipegang Tohru. Hatinya terdetik bahawa patung tersebut dihadiahkan oleh Yuki. "Damn you, Yuki. Kau luahkan dulu rupanya." Akhirnya, Kyo berkata, “Saya tak paksa awak terima saya. Walaupun kita akan berkahwin tapi saya tak punya harta yang banyak. Jadi kita mungkin akan susah dahulu. Tapi, saya betul-betul nakkan awak dalam hidup saya. Jadi... Umm.. Saya tunggu jawapan awak tiga hari lagi kat sini.” Kyo mengusap lembut kepala Tohru lalu beredar ke kelas.

++++++++++++++++++++

“Tohru? Tohru? Kenapa dengan awak ni? Saya panggil awak banyak kali awak dengar tak?” Shiriko, kawan baik Tohru berkata risau sambil tangannya melambai-lambai di hadapan Tohru. Dia pelik kerana Tohru tidak pernah diam seperti hari ini. Tohru hanya tersenyum nipis dan berkata “Saya tak apa-apa. ” Shiriko bertambah pelik. Jarang Tohru berahsia dengannya. Namun, dia tidak bertanya apa-apa kerana tidak mahu memanjangkan cerita.

“Dah la. Kelas dah nak mula. Jom!” Tohru berkata sambil menarik tangan kanan kawan baiknya itu. Shiriko akur.

Sebaik sahaja melangkah masuk kelas, Tohru terpandang Kyo yang juga telah berada di dalam kelas. Mata mereka bertentang seketika, lalu wajah mereka mula merona merah. Namun Kyo kelihatan tenang sahaja. Namun, tidak bagi Tohru. Jantungnya berdegup kencang. Tanpa mempedulikan Kyo yang memandangnya, Tohru berjalan melintasi Kyo tanpa berkata apa-apa atau senyum. Dia hanya jalan menunduk dan diam. Begitu juga Kyo. Shiriko bertambah pelik. Selalunya jika Tohru memasuki kelas dan apabila ternampak Kyo dia akan menegurnya. Tetapi, hari ini Kyo seperti tiada di tempatnya.

“Kenapa awak tak tegur Kyo, Tohru? Korang gaduh ke?” Shiriko berbisik sebaik sahaja mereka duduk di tempat masing-masing. Tohru hanya menggelengkan kepalanya.

“Tak ada apa-apa pun. Kitorang mana ada gaduh. Merepek jelar” Tohru berkata sambil ketawa kecil. Tanpa disedari Tohru, dia sedang diperhati Kyo.

- Kawan baik pun boleh bertukar menjadi cinta -

Labels:



← Newer
Older →


About The Blogger
Ichi :
Just call me Kawaii Potato
Ni :
Age? Let it be a secret because a secret makes a woman woman. Lol
San :
Current living place? Malaysia.
Yon :
Every 10 January, I get older by a year
Go :
Get annoyed at backbiting people especially who pretend to be nice to my face but behind me you got snake tongue.


Yuk :
I love my family of course, and some people who really are there for me when I'm sad.
Chil :
Too many nicknames that I get from family and friends. I wouldnt list it here because I'm too lazy to do that. lol
Pal :
I'm a very stubborn person but I'm nice too. But if you're not nice to me, don't expect I'll being nice to you
Gu :
Obssessed to cute things and CHEESE!
Ship :
Favorite time spend: watching animes! :D

Eleven :
When I were in high school, my ambition was to be a spy/detective *anime influence* lol but not anymore
Twelve :
I'm incredibly observant
Thirteen :
I'm ambivert person *mixed extrovert and introvert*
Fourteen :
I can be an angle or a devil based on your attitude towards me.


You can like my Fan Page :) Click HERE to help me please. Thanks^^

Send Me Your Love Notes :)
  • NO HARSH WORD PLEASEE!
  • Make sure your link is correct
  • No "Follow you, Follow me back" but it does't mean i'm not visit your site back :)
  • To haters and anons, click HERE


  • DETECTED! Your IP is





    Affiliates
    friend friend friend friend friend friend

    enemy enemy enemy enemy enemy enemy


    Creditorials, don't remove please
    Layout made and coded by chocolettha.
    Icons are from thefadingnight.
    Colors from colorpicker - lemon sorbet.
    Background from ixora.tumblr.
    CSS from JSFIDDLE.


    Sweetie Pie